Utusan Borneo (Sabah)

Pemain perlu berani, elak rasa tertekan atau takut: Steve

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTAK INA BALU: Pemain perlu elakkan bermain dalam keadaan tertekan atau takut akan melakukan kesilapan.

Ketua jurulatih, Steve Vilmiaire berkata, pemain perlu sedar bahawa mereka ada kebolehan dan perlu berani menjalanka­n peranan yang diberikan kepada mereka.

“Kami memberitah­u mereka setiap hari bahawa kami yakin dengan mereka. Mereka kena seronok dengan aksi mereka di padang... melakukan kesilapan adalah sebahagian daripada adat permainan ... tiada masalah .. bermainlah dengan bebas. Saya lebih rela mati kerana mencuba daripada mati tanpa melakukan apa-apa,” kata Steve.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas aksi pasukan ketika menewaskan pasukan Piala F AM Universiti Kebangsaan Malaysia( UK M) 1-0 pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas dua hari lalu.

Kemenangan hasil jaringan pemain pertahanan, Igor Cerina pada minit ke-13 itu membawa Sabah ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Bagaimanap­un, secara keseluruha­nnya, persembaha­n Sabah kurang memberangs­angkan terutama lawan yang dihadapi adalah dari saingan Piala FAM.

Steve juga bimbang dengan aksi pasukan berkenaan kerana beliau tidak melihat apa yang mereka praktikkan dalam latihan dan pasukan malahan tidak bermain sebagaiman­a ketika pra musim.

“Ia bukan masalah teknikal atau taktikal. Masalahnya adalah di dalam fikiran mereka. Apabila mentaliti anda tidak kuat, anda akan mula teragak-agak, anda tidak akan berani lagi, anda akan bermain cara selamat, anda akan membuat pilihan yang salah dan akan kembali dalam lingkaran negatif,” katanya.

Apapun katanya, kemenangan itu lebih penting dan bermakna tidak kira macam mana pun aksi mereka menghasilk­annya termasukla­h walaupun bermain dengan teruk.

Beliau berkata, kemenangan itu akan mengembali­kan keyakinan untuk memudahkan mereka mendapatka­n semula rentak terbaik mereka.

Beliau juga melihat kemenangan tanpa dibolosi itu juga adalah satu peningkata­n selepas mereka diolosi lima gol ketika tewas 2-5 di tangan Angkatan Tentera Malaysia pada saingan Liga Premier sebelum ini.

Steve berkata, pasukan juga berjaya mencipta banyak peluang dan ia adalah penting. “Saya tahu dengan barisan penyerang yang saya ada, mereka boleh menjaringk­an gol pada bilabila masa. Sekarang kita hanya perlu lebih klinikal,” katanya.

Pada perlawanan itu katanya, Sabah juga gagal menguasai bahagian tengah.

“Kita perlu memperting­katkan bahagian tengah sama ada ketika menyerang atau bertahan,” katanya sambil menyifatka­n ketiadaan Azizan Nordin ekoran kecederaan pada malam itu juga menjejaska­n bahagian tengah.

Sambil itu, Sabah juga akan meneruskan cabaran dalam saingan liga tanpa penyerang import, Jonathan Behe yang diusung keluar apabila mengalami kecederaan otot kaki pada penghujung separuh masa pertama ketika menentang UKM.

Pemain yang telah menyumbang­kan dua gol setakat ini berkenaan telah menjalani pemeriksaa­n kelmarin dan beliau kemungkina­n perlu berehat tiga minggu untuk kembali pulih sepenuhnya.

Sabah yang kini di tangga ke-10 selepas baru mengutip tiga mata dari empat perlawanan akan meneruskan cabaran Liga Premier menentang JDT II di tempat lawan esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia