Utusan Borneo (Sabah)

Tumbang 1-0, Dortmund harus salahkan diri sendiri

-

LISBON, Portugal: Benfica mengejutka­n Borussia Dortmund 1-0 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Penyerang Kostas Mitroglou menjaringk­an gol tunggal perlawanan sebelum rehat selepas penjaga gol Dortmund, Roman Burki menepis cubaan pertama.

Penjaga gol Benfica, Ederson, menjadi wira kelab apabila menepis beberapa cubaan Dortmund.

Tetapi Dortmund harus menyalahka­n diri mereka sendiri selepas mensia-siakan beberapa peluang terutama sekali dari cubaan Pierre-Emerick Aumabeyang.

“Ia adalah usaha berpasukan yang hebat dari pasukan malam ini,” kata pemain Benfica, Victor Lindelof.

“Kemenangan seperti ini sentiasa bagus untuk keyakinan kami.”

Dortmund mempunyai peluang pertama pada minit ke10 apabila Ousmane Dembele mengumpan bola kepada Aubameyang tetapi rembatanny­a tersasar tinggi.

Dortmund bermain dengan baik di awal permainan tetapi kawalan lemah menyebabka­n rembatan Raphael Guerreiro dan Erik Durm tersasar.

Dortmund mempunyai satu lagi peluang dengan Guerreiro menerima umpanan Dembele tetapi Victor Lindelof menghadang cubaan.

Dortmund seharusnya membuka jaringan pada minit ke-38 apabila pemain pertahanan Benfica, Ljubomir Fejsa sempat menolak bola keluar dari melepasi garisan pintu gol.

Benfica membuka jaringan tiga minit selepas rehat apabila Mitroglou menanduk umpanan Luisao dari satu tendangan sudut Pizzi.

Ederson kemudian menepis cubaan Marco Reus dan Lukasz Piszczek sebelum Aubameyang gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti apabila cubaannya ditepis Ederson. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? EDERSON bertindak tangkas menepis percubaan daripada Aumabeyang pada perlawanan di Estadio da Luz, Portugal Selasa lepas. — Gambar Reuters
EDERSON bertindak tangkas menepis percubaan daripada Aumabeyang pada perlawanan di Estadio da Luz, Portugal Selasa lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia