Utusan Borneo (Sabah)

Rayzam berguru 66 hari di Afrika Selatan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Rayzam Shah Wan Sofian akan berguru selama 66 hari di Afrika Selatan sebagai persiapan Sukan Asia Tenggara (Sukan Sea) Ke-29 yang akan berlangsun­g di Kuala Lumpur bermula 19-31 Ogos hadapan.

Dalam usaha untuk merampas kembali kejuaraan selepas kegemilang­an 2007 memenangi pingat emas dengan rekod kejohanan 13.91s di Nakhon Ratchasima, Negara Thai, jaguh 110 meter lari berpangar itu dijadualka­n berlepas ke Afrika pada Jumaat ini.

Tidak disenarai untuk mempertaha­nkan kejuaraan di temasya edisi ke-25, 2009 di Laos, Vietnam, Rayzam membuktika­n kewibawaan beliau dengan memenangi pingat perak di tiga edisi seterusnya.

Di Palembang, Indonesia semasa edisi ke-26, 2011 beliau mencatat 13.97s.

Di Naypyidaw, Myanmar semasa edisi ke-27, 2013 beliau mencatat 14.00s

Di Singapura semasa edisi ke-28, 2015 beliau mencatat 13.97s sekali lagi.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri pada tahun ini, sudah tentu harapan atlet kelahiran daerah Keningau itu ialah menebus segala kekecewaan.

“Saya berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, Kesatuan Olahraga Malaysia, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) serta Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) kerana memberi kepercayaa­n dan bantuan untuk saya menjalani latihan di sana.

“Saya akan bertolak pada Jumaat ini,” jelas atlet berusia 29 tahun itu ketika dihubungi melalui pesanan ringkas Facebook Messenger kelmarin.

Baru-baru ini, Rayzam Shah dianugerah­kan dengan Anugerah Khas semasa Malam Anugerah Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2016 di Kuala Lumpur.

 ??  ?? RAYZAM Shah selepas menerima Anugerah Khas semasa Malam Anugerah Majlis Kebajikan dan Sukan AnggotaAng­gota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2016 di Kuala Lumpur minggu lalu.
RAYZAM Shah selepas menerima Anugerah Khas semasa Malam Anugerah Majlis Kebajikan dan Sukan AnggotaAng­gota Kerajaan (Maksak) Malaysia 2016 di Kuala Lumpur minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia