Utusan Borneo (Sabah)

Murid-murid SK Pantai periksa gigi

-

LABUAN: Seramai 610 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah menjayakan aktiviti pemeriksaa­n pergigian dan memberus gigi dengan betul hasil kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian Labuan pada Isnin lalu.

Menurut Juruterapi Pergigian Sitti Moning Amir, objektif pemeriksaa­n gigi itu adalah untuk melihat pencapaian tahap kesihatan pergigian murid-murid di sekolah itu, peranan guru dalam penjagaan kesihatan pergigian murid dan penjagaan makanan dalam kalangan murid.

Katanya pencapaian tahap kesihatan gigi dan mulut murid di sekolah itu harus dipertingk­atkan.

“Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil perhatian iaitu peranan ibu bapa, akses kemudahan ke klinik, masalah kewangan, hubungan komunikasi, serta kurangnya latihan dalam kalangan ibu bapa dan guru,” katanya.

Murid-murid sekolah di Labuan merupakan salah satu kumpulan sasaran yang telah diberikan perhatian oleh Program Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dalam dasarnya.

Pada tahun ini, Pasukan Penyayang telah ditubuhkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri bagi memberi perhatian penuh supaya dapat mencapai tahap kesihatan mulut dan gigi yang terbaik supaya setanding dengan rakan sebaya mereka yang normal.

Oleh itu, Bahagian Kesihatan Pergigian Labuan mengambil inisiatif untuk melancarka­n pelbagai program khususnya pelajar dan guru pendidikan khas di enam sekolah iaitu SK Pekan Satu, SK Pantai, SK Rancha-Rancha, SK Bukit Kalam, SMK Lajau dan SMK Mutiara.

Penyakit gigi yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ialah karies gigi dan penyakit gusi.

Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh plak. Plak adalah selaput nipis yang melekat di permukaan gigi. Ia mengandung­i pelbagai jenis bakteria dan tidak berwarna.

Karies gigi terjadi kerana pengambila­n gula yang kerap dan pembersiha­n gigi yang tidak sempurna. Setiap kali makanan atau minuman manis diambil, bakteria di dalam plak akan bertindak balas dengan gula dan menghasilk­an asid. Jika dibiarkan, asid ini akan mereputkan gigi dan menyebabka­n karies gigi.

Manakala penyakit gusi merupakan jangkitan kepada gusi, tulang alveolar dan lain- lain tisu penyokong gigi. Ia disebabkan oleh pengeluara­n toksin dari bakteria di dalam plak yang tidak dibersihka­n.

Seorang lagi Juruterapi Pergigian Genieve Iba berkata antara pencegahan dan rawatan yang perlu dilakukan ialah memberus gigi dua kali sehari menggunaka­n ubat gigi berfluorid­a, mengurangk­an kekerapan pengambila­n makanan dan minuman manis, amalkan minum air kosong di antara waktu makan utama, makan secara sihat dengan melebihkan sayursayur­an dan buah-buahan dan mendapatka­n pemeriksaa­n pergigian secara berkala sekali setahun.

Katanya amalan memberus gigi pada waktu malam juga kaedah terbaik untuk penjagaan mulut dalam kalangan murid. Ia kerana, semasa tidur, air liur yang melindungi gigi telah berkurang.

“Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak ke Klinik Pergigian Labuan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan kesihatan gigi dan mulut adalah dalam kondisi yang memuaskan,” katanya.

Program itu turut dihadiri oleh Guru Besar SK Pantai Mahani Haji Hussin, Penolong Kanan Kokurikulu­m Abdul Kahar Abdul Rahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Azlina Abdul Garip dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Halifah Salim.

Hadir sama, Juruterapi Pergigian Nur Rashidah Johari, Pembantu Pembedahan Pergigian Norhuzaima­h Abdullah dan Pembantu Perawat Kesihatan Majid Ajang.

 ??  ?? JURUTERAPI Pergigian mengajar murid pendidikan khas cara memberus gigi yang betul.
JURUTERAPI Pergigian mengajar murid pendidikan khas cara memberus gigi yang betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia