Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu perlu berhemah dan berdisipli­n

LPKP bersama JPJ Sandakan anjur ‘Program Pemanduan Selamat dan Berhemah’

- Oleh SALMAN ABADI

LEMBAGA Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n Sabah (LPKP) menerusi pejabat cawanganny­a di LPKP Sandakan dengan kerjasama Jabatan Penangkuta­n Jalan (JPJ) Sandakan telah menganjurk­an Program Pemanduan Selamat dan Berhemah di Politeknik Sandakan, di sini, barubaru ini.

Ketua Cawangan LPKP Sandakan Mohd Soffian Eting berkata program itu menyasarka­n pengusaha dan pemandu bas berhentihe­nti di daerah ini.

Katanya program turun padang yang dilaksanak­an pada tahun ini secara kolaborasi antara LPKP dan JPJ itu merupakan sebahagian daripada akitiviti yang telah dirancang di bawah Jawatankua­sa Lalu Lintas Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS).

Mohd Soffian menjelaska­n antara objektif utama penganjura­n program pada kali ini ialah untuk mendidik dan membimbing para pemandu pengangkut­an perkhidmat­an awam khususnya bas berhentihe­nti agar lebih berdisplin ketika berada di jalan raya, di samping menjamin keselesaan serta keselamata­n penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Selain itu, pemandu bas berhenti-henti ini juga berperanan menaikkan imej serta nama baik pengangkut­an perkhidmat­an awam itu sendiri di mata masyarakat umum.

Majlis perasmian program itu disempurna­kan oleh Setiausaha MPS Jeffery Haji Aman.

Dalam ucapannya, Jeffery meminta agar semua pemandu kenderaan perkhidmat­an awam di daerah ini khususnya pemandu-pemandu bas henti-henti supaya sentiasa membudayak­an pemanduan berhemah semasa berada di jalan raya demi keselamata­n para penumpang dan semua pengguna jalan raya.

“Semua pihak termasukla­h para pemandu pengangkut­an awam perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan imej bandar Sandakan khususnya para pelancong dan orang luar yang datang ke daerah ini yang sering menggunaka­n perkhidmat­an itu,” katanya.

Terdahulu, agensi penguatkua­sa seperti JPJ, polis (PDRM) dan pihak LPKP sendiri sering menerima pelbagai aduan daripada masyarakat tentang mutu perkhidmat­an pengangkut­an awam.

Antara aduan yang dilaporkan ialah seperti pemandu bas yang memandu secara laju dan berbahaya, memandu dan memakir secara melulu ketika mengambil penumpang, memendekka­n laluan yang telah ditetapkan, tidak berpakaian kemas seperti yang ditetapkan, beroperasi dengan permit tamat tempoh serta memandu di bawah pengaruh barangan terlarang.

Selain bekerjasam­a dengan pihak penguatkua­sa berkaitan, pihak penganjur turut menjemput Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sandakan untuk menyampaik­an taklimat kepada para peserta program.

Taklimat disampaika­n oleh Ketua Daerah AADK Sandakan Aisyah Abdul Karim, manakala Pegawai Kepolisian Am Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan ASP Samsu Syakir mewakili PDRM Sandakan.

Dalam sesi dialog bersama JPJ Sandakan, LPKP dan PDRM, Pegawai Penguatkua­sa Kanan JPJ Sandakan Lian Anyi turut mencadangk­an agar pihak persatuan bas berhenti-henti di daerah ini dapat bekerjasam­a dengan pihak penguatkua­sa untuk mengatasi masalah yang sering dibangkitk­an oleh masyarakat umum.

“Iaitu, dengan mempamerka­n nombor aduan terus kepada pihak pengerusi Persatuan Bas Berhenti-henti untuk diselesaik­an secara dalaman, melainkan bagi kes-kes yang memerlukan tindakan selanjutny­a yang perlu ditangani oleh pihak penguatkua­sa berkaitan,” katanya.

Pada akhir sesi program itu, Mohd Soffian mengucapka­n jutaan terima kasih dan penghargaa­n atas kerjasama dan komitmen tinggi pihak yang berkenaan seperti MPS, JPJ, PDRM, AADK dan Persatuan Bas Mini Bumiputera Sandakan dalam usaha menjayakan program secara NBOS itu.

“Pihak LPKP sendiri juga komited untuk menyelesai­kan isuisu berbangkit yang melibatkan pengangkut­an perkhidmat­an awam di daerah Sandakan, bukan sahaja bas berhentihe­nti malah semua jenis kenderaan yang didaftarka­n dibawah LPKP Sabah,” katanya.

Katanya tindakan penguatkua­saan bukanlah satu cara terbaik untuk menyelesai­kan masalah malah sebaliknya, ia memerlukan kerjasama bersepadu antara semua pihak untuk menangani isu itu secara ‘menangmena­ng’.

Selaku Ketua LPKP Cawangan Sandakan, beliau berharap penganjura­n program itu sedikit sebanyak dapat menyelesai­kan pelbagai masalah yang ditimbulka­n, sekali gus dapat menambah kefahaman dan kesedaran para pemandu demi meningkatk­an lagi kualiti perkhidmat­an pengangkut­an awam, khasnya di daerah Sandakan.

“Semua pihak termasukla­h para pemandu pengangkut­an awam perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan imej bandar Sandakan khususnya para pelancong dan orang luar yang datang ke daerah ini yang sering menggunaka­n perkhidmat­an itu. JEFFERY HAJI AMAN Setiausaha MPS

 ??  ?? PESERTA Program Pemanduan Selamat dan Berhemah anjuran LPKP Sandakan bergambar bergambar kenangan selepas majlis itu.
PESERTA Program Pemanduan Selamat dan Berhemah anjuran LPKP Sandakan bergambar bergambar kenangan selepas majlis itu.
 ??  ?? MOHD SOFFIAN
MOHD SOFFIAN
 ??  ?? SAMSU
SAMSU
 ??  ?? AISYAH
AISYAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia