Utusan Borneo (Sabah)

Gerai jualan bantu penduduk jana pendapatan

- Oleh JAINUDIN NASIR

GERAI-GERAI jualan yang didirikan berhadapan bangunan Pasaraya Sideq Lohan Ulu Ranau dapat membantu penduduk sekitar untuk menjana pendapatan keluarga mereka.

Beberapa penjaja di gerai itu yang sempat ditemui merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pengurus pasaraya berkenaan kerana membenarka­n para peniaga menjalanka­n perniagaan di situ walaupun secara kecil-kecilan, bagi membantu mereka menjana pendapatan untuk menyara keluarga.

“Saya amat berterima kasih kepada Sideq Enterprise kerana membenarka­n kami mendirikan gerai di tepi kawasan letak kenderaan berhadapan bangunan ini,” kata penjaja sayuran segar tanah tinggi, Sutiah Samudin, 57, dari Kg Lohan Ulu.

Kenyataan beliau itu turut dipersetuj­ui oleh Khadizah Waridin, 60, dari Kg Lohan 1 yang menjual makanan dan minuman, dan Sulaiman Madtinggi, 28, juga dari Kg.Lohan Ulu yang menjual sayap ayam dan ikan panggang.

Tinjauan ke kawasan itu kelmarin mendapati lebih ramai yang datang membeli-belah sekitar jam 4 petang hingga 8 malam. Menurut para penjaja ia merupakan suasana pada hari-hari biasa namun, akan bertambah ramai pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.

Para pengunjung adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pengunjung dari dalam dan luar daerah.

Kawasan itu terletak di tepi jalan raya menuju ke Taman Kolam Air Panas Poring maka, tidak hairanlah ramai pelancong dari luar negeri singgah membeli makanan sebelum meneruskan perjalanan mereka ke destinasi pelanconga­n itu yang terletak kira-kira 4.5km dari Pusat Tagal Ikan Kg Luanti Baru, dan berhampira­n Resort Ladang Teh Sabah di Nalapak Ranau.

Pasaraya Sideq Enterprise juga terletak tidak jauh dari Kompleks Sukan Ranau, Taman Gunung Kinabalu dan Dairy Farm (Desa Cattle) Mesilou Kundasang, yang juga menjadi destinasi pilihan para pelawat dari dalam dan luar negara.

 ??  ?? KHADIZAH memperliha­tkan mi goreng yang dijual di gerai kuih-muihnya.
KHADIZAH memperliha­tkan mi goreng yang dijual di gerai kuih-muihnya.
 ??  ?? GERAI tempat Sulaiman menjual sayap ayam dan ikan panggang.
GERAI tempat Sulaiman menjual sayap ayam dan ikan panggang.
 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi barangan yang dijual di gerai berkenaan.
SEBAHAGIAN lagi barangan yang dijual di gerai berkenaan.
 ??  ?? SUTIAH memperliha­tkan lobak dan tomato yang dijualnya.
SUTIAH memperliha­tkan lobak dan tomato yang dijualnya.
 ??  ?? PANORAMA gerai berhadapan bangunan pasaraya Sideq Enterprise Lohan Ulu Ranau.
PANORAMA gerai berhadapan bangunan pasaraya Sideq Enterprise Lohan Ulu Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia