Utusan Borneo (Sabah)

Program Transforma­si Diri UMS dapat sambutan hangat

-

PROGRAM Transforma­si Diri bersama Pakar Motivasi Prof Dr Muhaya Mohamad mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 300 peserta di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), kelmarin.

Majlis anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita UMS (Kesumba) itu berjaya memukau para peserta yang terdiri daripada warga UMS dan masyarakat sekitar yang tertarik dengan gaya penyampaia­n mesej yang disampaika­n penceramah.

Dalam ceramahnya Muhaya berkata untuk menjadi insan cemerlang seseorang itu hendaklah sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik dan boleh menerima teguran orang lain.

“Kita harus berfikiran positif, suka memberi dan menerima nasihat orang lain kerana manusia yang cemerlang adalah mereka yang sering memperbaik­i diri sendiri sebelum menegur kesalahan orang lain.

“Sama ada pelajar ataupun pekerja, setiap ilmu melalui pembelajar­an dan pekerjaan itu tidak akan berjaya dan tiada keberkatan­nya apabila hati tidak bersih, malah usaha yang dibuat juga akan menemui kegagalan,” katanya pada majlis itu yang dianjurkan dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmat­an Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman E UMS.

Justeru, beliau menyeru semua pelajar dan pekerja segera melakukan transforma­si diri bagi mencapai matlamat untuk berjaya dalam kehidupan sambil mengongsik­an empat petua untuk menjadi seorang yang berjaya.

“Pertama, kita hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah; kedua, hendaklah menjaga hubungan baik dengan semua orang; ketiga, hendaklah melupakan masa silam, segera meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain; dan keempat hendaklah optimis dan sentiasa bersangka baik,” katanya.

Ceramah itu turut dihadiri seramai 25 pelajar dari Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu (SRIKK), Alam Mesra.

Salah seorang pelajar SRIKK Syukran Aiman Syukry berkata dia amat teruja dan bersyukur kerana dapat menimba ilmu dan mengikuti secara langsung ceramah pakar motivasi Muhaya.

“Saya sebenarnya tidak sangka dapat bersamasam­a di dewan yang indah ini untuk mendengar sendiri motivasi daripada penceramah yang diminati ramai,” katanya yang turut hadir ditemani ibu bapa dan dua adik beradik.

Hadir sama pada ceramah itu ialah Timbalan Yang Dipertua Kesumba Roha Asmara, Bendahari UMS Zallifah Shadan dan Ketua Pustakawan UMS Dg Rukiah Ag Amit.

 ??  ?? PARA hadirin turut bersama melakukan geraklaku kea rah Transforma­si Diri bersama Pakar Motivasi, Prof. Muhaya.
PARA hadirin turut bersama melakukan geraklaku kea rah Transforma­si Diri bersama Pakar Motivasi, Prof. Muhaya.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar dari SRIKK, Alam Mesra yang turut hadir.
SEBAHAGIAN pelajar dari SRIKK, Alam Mesra yang turut hadir.
 ??  ?? PESERTA khusyuk mendengar ceramah Muhaya.
PESERTA khusyuk mendengar ceramah Muhaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia