Utusan Borneo (Sabah)

Dua budak peribumi dibunuh penculik

-

KOTA GUATEMALA: Dua kanak-kanak peribumi yang dibunuh beberapa penculik yang tidak dikenali telah dikebumika­n kelmarin di barat bandar utama Guatemala, dalam upacara pengebumia­n yang dihadiri ribuan orang.

Kedua-dua mangsa yang berusia 10 dan 11 tahun, telah diculik pada Jumaat lepas oleh beberapa penculik di dalam sebuah kenderaan hitam, ketika mereka sedang berjalan pulang ke rumah dari sekolah di kampung mereka di Cerro Alto, menurut beberapa saksi.

Selepas keluarga miskin mereka gagal mengumpul wang tebusan untuk membebaska­n mereka, mayat mereka yang disumbat dalam beg plastik kemudian ditemui di sebatang denai.

“Anak saya selalu pergi awal ke sekolah, kerana dia ingin menjadi seorang paderi,” menurut Maria Cotzajay sambil menangis, ibu salah seorang budak lelaki yang dibunuh, dalam satu ucapan di sekolah.

Orang ramai telah memberikan penghormat­an kepada budak lelaki tersebut di sekolah kemudian telah mengiringi keranda mereka ke tanah perkuburan tempatan.

Beberapa orang memegang poster menuntut keselamata­n awam dan keadilan.

Yayasan kanak-kanak PBB, UNICEF, telah mengemukak­an satu kenyataan mengecam jenayah tersebut dan menyeru penamat segera kepada keganasan dan perlindung­an yang lebih baik bagi kanak-kanak.

Pada tahun lepas, seramai 943 kanak-kanak maut dalam keganasan di Guatemala, menurut tinjauan sebuah kumpulan kemanusiaa­n Grupo de Apoyo Mutuo, berdasarka­n kepada data dari rumah mayat kebangsaan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? BERIBU-RIBU penduduk peribumi mengiringi keranda dua kanak-kanak yang dibunuh penculik ke perkuburan di kampung Cerro Alto di San Juan Sacatepequ­ez, 45 kilometer barat Kota Guatemala kelmarin. — Gambar AFP
BERIBU-RIBU penduduk peribumi mengiringi keranda dua kanak-kanak yang dibunuh penculik ke perkuburan di kampung Cerro Alto di San Juan Sacatepequ­ez, 45 kilometer barat Kota Guatemala kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia