Utusan Borneo (Sabah)

Polis DRC serbu sarang kultus ganas

-

KINSHASA: Lapan anggota disyaki dari sebuah kultus ganas politik-keagamaan cedera parah dan 22 orang lagi ditangkap dalam pertempura­n dengan pihak polis di bandar utama Republik Demokratik Kongo (DRC), menurut sumber polis kelmarin.

Keganasan meletus lewat Isnin dan berterusan hingga kelmarin ketika pihak polis menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menyembuny­ikan anggota pergerakan Bundu dia Kongo (BDK).

BDK bermakna Kerajaan Kongo dalam bahasa Kikong dan anggotanya, dikenali sebagai Makessa, bermusuhan dengan pihak polis sebagai simbol pentadbira­n di negara tengah Afrika yang luas itu.

“Seramai 22 orang telah ditangkap termasuk lapan orang yang cedera parah,” menurut jurucakap polis Pierre Rombaut Mwanamputu.

Beliau menyatakan dua kereta telah dibakar oleh anggota BDK dan pihak polis telah menemui enam laras raifal automatik.

Pergerakan tersebut yang tertumpu di bahagian barat daya, cuba mengembali­kan semula bekas kerajaan Kongo dalam sempadan prapenjaja­han yang akan meliputi beberapa bahagian Angola, Kongo dan Gabon.

Pihak polis dan saksi memberitah­u, beberapa das tembakan kedengaran berhampira­n kediaman milik ketua kerohanian BDK Ne Muanda Nsemi, yang telah disekat oleh polis.

Nsemi, seorang Ahli Parlimen di Kinshasa yang tidak pernah ditangkap, tidak ditemui di rumah itu.

Dalam rakaman video yang baru-baru ini dihantar secara atas talian, Nsemi menyeru bagi satu pemberonta­kan terhadap Presiden Joseph Kabila.

“Dalam masa dua minggu, saya akan menyerang,” menurut beliau dalam sebuah video yang dimuat naik beberapa hari lepas.

Kerajaan telah menuduh para pengikut BDK mendalangi rangkaian serangan kejam di barat DRC sejak Januari.

Kerajaan menyatakan pertempura­n ganas di antara kumpulan dan polis telah membunuh 27 orang pada 2008 ketika sumber PBB dan orang awam menyatakan angka kematian sebenarnya menghampir­i 100 orang. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PARA penyokong BDK melihat anggota Palang Merah memasukkan mayat dari rumah Nsemi ke dalam ambulans di Ngaliema, Kinshasa kelmarin. — Gambar Reuters
PARA penyokong BDK melihat anggota Palang Merah memasukkan mayat dari rumah Nsemi ke dalam ambulans di Ngaliema, Kinshasa kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia