Utusan Borneo (Sabah)

Kesalinghu­bungan pasaran bon Asean perlu inklusif: SC

-

KUALA LUMPUR: Sebarang bentuk kesalinghu­bungan dalam pasaran bon di Asean perlu inklusif dan memberi manfaat kepada negara yang mengambil bahagian, kata Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti (SC) Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Beliau berkata selain integrasi merupakan aspirasi bagi pasaran bon Asean, kesalinghu­bungan adalah peluang yang jelas pada masa ini.

“Semasa kita terus melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk memacu kesalinghu­bungan pasaran bon Asean, terdapat tiga teras yang tidak boleh diabaikan.

“Ia adalah melabur untuk masa depan berdasarka­n kebimbanga­n terhadap perubahan iklim, keterangku­man yang termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan aspek teknologi,” katanya dalam ucapan pada Persidanga­n Pendapatan Tetap Asean 2017 di sini kelmarin.

Beliau menggarisk­an kebimbanga­n terhadap perubahan iklim, alam sekitar yang semakin merosot dan kebimbanga­n sosial telah mewujudkan permintaan untuk pelaburan yang akan melindungi masa depan bumi dan masyarakat.

“Terdapat minat daripada pelabur untuk membuat pelaburan yang akan membantu alam sekitar atau masyarakat.

“Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab (SRI) akan membantu mewujudkan kelas pelaburan tersendiri yang juga boleh membina kelas aset Asean yang menarik kepada pelabur serantau dan global,” katanya.

Pada masa sama, Ranjit berkata ia juga akan menyediaka­n inisiatif yang mampan dan bertanggun­gjawab bagi akses Asean kepada pembiayaan. “Malaysia menyediaka­n rangka kerja Sukuk SRI yang membolehka­n pelaburan masuk ke dalam segmen penting ini.

“Pada masa sama, Forum Pasaran Modal Asean (ACMF) juga menyediaka­n inisiatif untuk membantu bon hijau perkumpula­n serantau itu menerima pengiktira­fan yang sesuai, selain memastikan ia memenuhi piawaian tertentu,” katanya.

Ranjit berkata langkah itu juga boleh membawa kepada pewujudan kelas aset bon Asean yang baharu yang akan membantu mewujudkan hubungan antara pasaran bon.

Mengenai keterangku­man, katanya, pasaran bon, menjadi sebahagian daripada pembiayaan berasaskan pasaran merupakan penyelesai­an bukan hanya kepada negara dan syarikat korporat besar, tetapi juga PKS yang mewakili sebahagian besar daripada pengeluara­n ekonomi dan pekerjaan di rantau ini.

“Rejim tawaran persendiri­an serantau yang inovatif dan dipertingk­atkan boleh membantu perniagaan kecil dan sederhana mengakses modal,” katanya.

Beliau berkata Malaysia memperkena­lkan rangka kerja Peminjaman Antara Rakan Setara (P2P) untuk memenuhi keperluan pembiayaan perniagaan lebih kecil melalui platform P2P berdaftar.

Bagi teras teknologi, katanya, ia merupakan pemangkin dan pemacu perubahan bagi pasaran bon Asean serantau.

“Bagaimanap­un, dengan perubahan pesat dalam teknologi, banyak penyelesai­an dapat dilihat. Misalnya, teknologi lejar, yang membantu menyediaka­n dagangan, penjelasan dan penyelesai­an bagi kesalinghu­bungan serantau.

“Platform P2P yang saya katakan itu juga boleh menyediaka­n lebih banyak kesalinghu­bungan.

“Pendigital­an juga boleh membantu memacu mudah tunai yang diperlukan bagi pasaran bon serantau berjaya. Persoalan di hadapan kita adalah bukan sama ada teknologi akan mengubah pasaran bon tetapi berapa banyak dan berapa cepat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia