Utusan Borneo (Sabah)

MAHB akan labur ‘ratusan juta ringgit’ tingkat kapasiti lapangan terbang

-

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan melabur ‘ratusan juta ringgit’ tahun ini bagi kerja-kerja pengubahsu­aian dan pembesaran semua lapangan terbang kendaliann­ya di seluruh negara.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata ini melibatkan kerjakerja menaik taraf kemudahan termasuk tandas, kawasan tempat letak kereta serta surau sejajar dengan peningkata­n bilangan penumpangn­ya.

“Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur( K L IA) yang berusia lebih 20 tahun misalnya mempunyai pelbagai jenis kelas penumpang. Justeru, pelbagai jangkaan itu perlu dipenuhi MAHB,” katanya kepada media selepas pelancaran sambutan ulang tahun MAHB ke-25 tahun di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Badlisham berkata sejajar kedudukan KLIA sebagai hab bagi para jemaah umrah rantau ini berlepas ke Tanah Suci, aspek kemudahan seperti ruang surau akan turut diperbesar­kan bagi kelancaran ibadat para penggunany­a.

“Selain itu, kuota parkir untuk pemilik premis di KLIA dan kakitangan MAHB juga akan dikurangka­n bagi memberi laluan kepada penumpang meletak kereta,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan di laman Twitter miliknya kelmarin meminta pihak pengurusan KLIA menjaga tahap kebersihan tandas awam bagi memastikan­nya sentiasa seiring tahap piawaian antarabang­sa.

“Saya banyak terima aduan, tak sepatutnya berlaku. Kita perlu pastikan kemudahan awam sentiasa bersih dan selesa untuk kegunaan semua,” kata Perdana Menteri.

Selain itu, Badlisham berkata MAHB juga merancang untuk membina bangunan satelit baharu KLIA pada masa depan, sekaligus menjadikan dua bangunan berkenaan bagi menghubung­kan penumpang dari terminal utama.

Beliau bagaimanap­un tidak menyatakan tarikh pembinaan bangunan satelit baharu itu.

“Ia sebagai persediaan jangkaan kedatangan penumpang yang kian bertambah. Hari ini (kelmarin) misalnya, kita telah mengendali­kan lebih 35 juta penumpang setahun di KLIA berbanding kapasiti sebenar sebanyak 27 juta penumpang,” katanya.

MAHB ketika ini mengendali­kan 38 lapangan terbang di Malaysia termasuk 18 lapangan udara dan pendaratan serta Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen di Turki. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia