Utusan Borneo (Sabah)

Memasak sambil Kung Fu dalam filem ‘Kung Fu Chefs’ di TV2

-

MENERAPKAN seni Kung Fu dalam filem sememangny­a biasa. Namun berlainan pula jika Kung Fu memasuki dunia memasak yang menjadi latar filem ‘Kung Fu Chefs’ yang dibintangi watak utama oleh Sammo Hung, Fan Sui Wong dan Vaness Wu.

‘Kung Fu Chefs’, filem diterbitka­n pada tahun 2009 bercorak komedi arahan Ken Yip ini bakal muncul menerusi slot Golden Dragon di TV2 pada 23 Februari depan, jam 10.00 malam.

Kisahnya berkembang dengan watak Wong Kai Joe lakonan Louis Fan yang sememangny­a menanam kebencian terhadap bapa saudaranya iaitu Wong Ping Yee (Sammo Hung). Dia sudah lama memendam hasrat mahu mengusir pak ciknya itu dari kampung mereka sekaligus merebut hak ke atas Dragon Head Cleaver, simbol kekuasaan puak mereka.

Suatu hari dia telah berjaya menfitnah Wong Ping Yee yang dituduh menyebabka­n keracunan makanan terhadap pelanggan mereka. Wong Ping Yee akhirnya telah dibuang kerja dari restoran tersebut dan dibuang daerah.

Dia kemudianny­a singgah di sebuah restoran ‘Four Seas’ dan bertemu dengan Shen Qing dilakonkan wataknya oleh pelakon Cherrie Ying. Di tempat itu dia menunjukka­n kemahirann­ya dalam pengetahua­n tentang masakan, hingga dia akhirnya diambil bekerja sebagai chef di restoran itu.

Wong Ping Yee telah dibantu oleh Lung Kin Yat (Vaness Wu), chef muda berbakat yang juga ingin belajar menjadi seorang chef yang hebat.

Namun suasana tenang tak berlangsun­g lama, setelah restoran Four Seas mengesahka­n penyertaan untuk mengikuti sebuah pertan-dingan memasak. Ketika itu juga berlaku kekacauan ketika pesaing mereka mencuba pelbagai cara dan helah semata-mata kerana hendak membuat Four Seas gagal.

Akhirnya, Lung Kin Yat telah dipilih untuk mewakili Four Seas. Dengan berbekalka­n ilmu yang diperolehi daripada Wong Ping Yee, dia pun membuat banyak kejutan menarik dalam masakan yang dia buat dalam pertanding­an tersebut. Akankah restoran Four Seas berjaya memenangi pertanding­an tersebut?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia