Utusan Borneo (Sabah)

Gerawat kesal kelewatan pembinaan bangunan SK Bario

-

MARUDI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Gerawat Gala melahirkan rasa kesal dengan kelewatan pembinaan bangunan sekolah iaitu blok menempatka­n bilik-bilik darjah Sekolah Kebangsaan (SK) Bario yang sepatutnya siap penghujung Februari ini seperti dijanjikan.

Bagaimanap­un, apa yang dijanjikan tidak berlaku apabila Gerawat melawat tapak bangunan tersebut semasa lawatan kerja ke Bario pada Ahad dan Isnin lalu terkejut mendapati pembinaan masih belum bermula.

“Saya difahamkan kontraktor berjanji menyiapkan bangunan blok tersebut yang sepatut menempatka­n bilik-bilik darjah sebelum penghujung Februari ini.

“Tetapi apa yang saya lihat pembinaann­ya belum bermula dan tapak (bekas) kebakaran bangunan lama kini ditumbuhi rumput dan lalang.

“Kelewatan ini tidak seharusnya berlaku kerana murid di sini amat memerlukan kelas selesa untuk mereka belajar,” karanya dengan nada kesal.

Ketika ini murid kelas tadika hingga tahun enam SK Bario terpaksa belajar di bekas bilik asrama sekolah, bilik perpustaka­an dan bangunan kosong yang amat tidak konduksif untuk kelas pembelajar­an mereka.

Sehubungan itu, Gerawat menggesa Jabatan Pendidikan Negeri dan kontraktor diamanahka­n supaya menyiapkan pembinaan blok bangunan tersebut seberapa segera demi kebaikan muridnya.

Adun Mulu itu melahirkan kekecewaan­nya semasa mengadakan pertemuan dengan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bario dan Guru Besarnya Lisah Tadam serta guru-guru baharu ditugaskan di situ.

Bangunan SK Bario lama musnah dalam kebakaran pada 4 September 2016 sehari sebelum peperiksaa­n UPSR bermula.

Selain bantuan kerajaan, derma pelbagai pihak dan individu mencapai jumlah kutipan sehingga RM100,000 untuk menampung kos pembinaan bangunan itu.

 ??  ?? GERAWAT (berdiri, lima kanan) bersama rombongan serta kakitangan dan guru-guru SK Bario di tapak bangunan sekolah yang terbakar.
GERAWAT (berdiri, lima kanan) bersama rombongan serta kakitangan dan guru-guru SK Bario di tapak bangunan sekolah yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia