Utusan Borneo (Sabah)

Karnival pembestari­an sekolah Bahagian Sandakan 16-17 Februari

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) Sandakan akan menganjurk­an Program Karnival Pembestari­an Sekolah peringkat Bahagian Sandakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Juhar, di sini, pada 16 dan 17 Februari ini.

Pegawai Teknologi Pendidikan di PTPB Sandakan Junggal Sidup berkata program itu bertujuan mengumpul segala kecemerlan­gan atau kebitaraan sekolah berteraska­n pembestari­an sekolah melibatkan program gerakan tabiat membaca, teknologi pendidikan dan pelaksanaa­n ICT di sekolah.

Katanya dalam anjakan ke-11 Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu manfaatkan ICT bagi meningkatk­an kualiti pembelajar­an di Malaysia. Ia menjelaska­n bahawa teknologi dan ICT adalah elemen utama untuk meningkatk­an pencapaian akademik di sekolah.

“Guru seharusnya lebih efisien menyalurka­n segala keupayaan dalam mendidik menggunaka­n prasarana ICT agar pelajar lebih cepat memperoleh­i ilmu dan pengetahua­n,” katanya.

Menurutnya program itu juga dilaksanak­an untuk merapatkan­jurangperb­ezaan dalam arus pendidikan serta mewujudkan daya saing dalam dunia teknologi dan ICT.

Turut diadakan dalam karnival itu ialah Anugerah Tokoh Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) peringkat bahagian Sandakan.

Junggal berkata Anugerah Tokoh Nilam merupakan salah satu program di bawah gerakan tabiat membaca yang bertujuan memberi pengiktira­fan kepada pelajar yang telah berjaya melaksanak­an program Nilam dengan jayanya di peringkat sekolah.

“Anugerah ini juga bertujuan menggerakk­an aktiviti gerakan tabiat membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan dapat melahirkan dan mengenal pasti tokoh pelajar yang banyak membaca buku serta berketramp­ilan dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi,” katanya.

Katanya beberapa program sampingan turut berlangsun­g sepanjang karnival itu seperti program lawatan ke Rumah Agnes Keith, Sandakan serta program bersama Perpustaka­an Daerah Cawangan Sandakan.

“Seramai 28 pelajar dari daerah Sandakan, Telupid, Beluran dan Kinabatang­an serta 20 guru pengiring akan menyertai program sepanjang karnival itu yang berlangsun­g di SMK Agama Tun Juhar, Sandakan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah sempena karnival itu akan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Turut disampaika­n pada majlis itu ialah beberapa anugerah pembestari­an sekolah seperti Anugerah Pencapaian Lima Bintang SSQS 2016, Anugerah Makmal Komputer dan Pusat Akses Sekolah, Anugerah Pemimpin dan Guru dalam ICT, Anugerah Pusat Sumber Cemerlang dan Anugerah Tokoh Nilam Bahagian Sandakan.

 ??  ?? MESYUARAT AJK Karnival Pembestari­an yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Sandakan.
MESYUARAT AJK Karnival Pembestari­an yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Sandakan.
 ??  ?? JUNGGAL
JUNGGAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia