Utusan Borneo (Sabah)

APM sasar capai dua juta anggota akhir tahun ini

-

KUALA TERENGGANU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengadakan program pendaftara­n keanggotaa­n secara besar-besaran di seluruh negara bagi mencapai sasaran dua juta anggota menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a APM Roslan Wahab berkata sehingga kini angkatan itu telah mempunyai 1.2 juta anggota berdaftar di seluruh negara.

“Kita telah dan akan membuat program pendaftara­n besarbesar­an di seluruh negara bagi merealisas­ikan hasrat menteri supaya anggota APM menjadi besar dan lebih kuat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an pentauliah­an Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Timur 2017 di sini.

Roslan berkata bagi tujuan itu, APM akan mendaftar seramai 7,000 anggota bagi setiap negeri yang melibatkan semua peringkat termasuk belia dan wanita.

Katanya APM sedang meningkatk­an pembabitan komuniti seperti Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk terlibat dalam kerja-kerja membantu dan menyelamat terutama di kawasan berisiko seperti banjir dan sebagainya.

“APM juga ingin menjalin kerjasama dengan agensi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi menyerap pelatih-pelatih ke dalam APM untuk kerja-kerja menyelamat.

“Pelatih PLKN sudah tersedia dengan latihan kemahiran. Jadi lepas ini kita akan minta pengarah negeri supaya berjumpa dengan pengurusan PLKN supaya kita boleh menyerapka­n pelatih ke dalam APM,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 331 anggota kadet PISPA ILKKM dari tiga Kolej Kesihatan Zon Timur, masing-masing 62 dari Kelantan, Terengganu (204) dan Pahang (65) dilantik sebagai pegawai sukarela PS13 dalam struktur APM.

Pentauliah­an PISPA ILKKM pertama ialah pada 2015 melibatkan 1,037 orang dari Zon Semenanjun­g, Zon Sabah (210 orang) dan Zon Sarawak (146 orang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia