Utusan Borneo (Sabah)

RM2.459 juta untuk MBS dan gabungan

Laksana program pembanguna­n belia di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

MAJLIS Belia Sabah (MBS) dan badan gabunganny­a menerima Geran Bantuan Tahunan sebanyak RM2.459 juta.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata geran berkenaan adalah sebagai amanah kepada MBS dan badan gabunganny­a untuk melaksanak­an programpro­gram pembanguna­n belia di Sabah.

“Geran Bantuan Tahunan sebanyak RM2.459 juta yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada MBS dan 14 badan gabunganny­a melaksanak­an program yang memberi manfaat keapda pembanguna­n belia di dalam dan luar bandar.

“Geran ini juga diperuntuk­kan kepada mereka untuk menjalanka­n pelbagai program sepanjang 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan kepada MBS dan 14 badan gabungan MBS di Kota Kinabalu, kelmarin.

Katanya kementeria­nnya juga telah memberikan penekanan berkenaan bentuk program yang perlu dilaksanak­an.

“Penekanan program yang perlu MBS dan badan gabungan ini adalah program khusus untuk persatuan atau kelab yang mereka wujudkan seperti ada kelab tertentu yang aktif dalam alat muzik, pakaian seragam, kepimpinan, keusahawan­an, dan sebagainya.

“Jadi, kita mahu mereka melaksanak­an program bersesuaia­n dengan kemampuan serta sumber kepakaran dan kemahiran persatuan mereka masingmasi­ng.

“Kita juga letakkan sasaran kalau boleh mereka mesti melaksanak­an program seumpama itu sebanyak mungkin,” katanya.

Tawfiq berkata MBS dan badan gabunganny­a perlu melaksanak­an program yang mana memakan mos yang minima tetapi mempunyai impak maksimum kepada belia agar sasaran untuk mencapai sebanyak mungkin generasi muda di dalam

dan luar bandar akan tercapai. Kemenenter­iannya juga telah memberikan sasaran kepada MBS dan badan gabungan untuk melibatkan lebih kurang 300,000 belia seluruh Sabah menyertai program-program yang dijalankan.

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden MBS Nourman Ryan Ag Zaini.

Geran Bantuan Tahunan sebanyak RM2.459 juta yang diberikan ini adalah untuk memberi peluang kepada MBS dan 14 badan gabunganny­a melaksanak­an program yang memberi manfaat keapda pembanguna­n belia di dalam dan luar bandar. DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN Menteri Belia dan Sukan

 ??  ?? TAWFIQ (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama wakil MBS dan badan gabunganny­a pada majlis berkenaan.
TAWFIQ (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama wakil MBS dan badan gabunganny­a pada majlis berkenaan.
 ??  ?? TAWFIQ (tengah) berucap pada majlis berkenaan.
TAWFIQ (tengah) berucap pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia