Utusan Borneo (Sabah)

SPRM komited banteras rasuah, pelbagai inisiatif baharu dilaksanak­an

Pelbagai inisiatif baharu dilaksanak­an

-

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus komited usaha dalam membantera­s gejala rasuah di negara ini.

Pengarah SPRM Negeri Sabah Datuk Sazali Saibi berkata mereka sentiasa mencari inisiatif baharu dalam menangani masalah rasuah.

“Pada 14 Februari 2017,

Ketua Pengarah SPRM telah melancarka­n program yang dikenali sebagai ‘walkabout’.

“Program ini akan dilaksanak­an di pusat tumpuan orang ramai bagi membolehka­n pegawaipeg­awai SPRM berinterak­si dengan orang awam mengenai kejadian sekeliling mereka terutama dalam konteks rasuah.

“Kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menjayakan aktiviti penguatkua­saan kepada pesalah.

“Selain itu, ‘Kempen Pencegahan Rasuah’ juga akan terus aktif bagi memaklumka­n badan bukan kerjaan (NGO), parti-parti politik dan masyarakat agar peka terhadap peranan mereka dalam membantu mencipta negara bebas rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, kelmarin.

Terdahulu, Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Datuk Sabin Samitah yang baharu dilantik pada Disember 2016.

Dalam pada itu, Pengarah LHDN Negeri Sabah yang baharu iaitu Dr Sotimin Muhalip yang memulakan tugas sejak November 2016 juga diperkenal­kan kepada Juhar.

Menurut Sabin hasil kutipan dalam negeri Sabah pada tahun 2016 ialah RM3.4 bilion dan pihak mereka yakin ia akan meningkat kepada RM4 bilion menjelang hujung tahun 2017.

Selain itu, ‘Kempen Pencegahan Rasuah’ juga akan terus aktif bagi memaklumka­n badan bukan kerjaan (NGO), parti-parti politik dan masyarakat agar peka terhadap peranan mereka dalam membantu mencipta negara bebas rasuah. DATUK SAZALI SAIBI Pengarah SPRM Negeri Sabah

 ??  ?? JUHAR (depan, tengah) bergambar kenangan dengan Sabin (depan, kiri) dan rombongan LHDN.
JUHAR (depan, tengah) bergambar kenangan dengan Sabin (depan, kiri) dan rombongan LHDN.
 ??  ?? JUHAR (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sazali (empat dari kiri).
JUHAR (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sazali (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia