Utusan Borneo (Sabah)

Hujan ekstrem akibat perubahan iklim

-

sudah memasuki bulan Februari, hujan lebat yang menyebabka­n banjir di beberapa buah negeri masih belum lagi menunjukka­n tanda-tanda untuk reda, malah penduduk yang terjejas masih lagi terkandas di pusat pemindahan sementara.

Bencana banjir yang kali ini dianggap luar biasa kerana berlarutan dan menyaksika­n musim tengkujuh lebih panjang daripada biasa adalah berpunca daripada perubahan iklim dan taburan hujan yang ekstrem akibat kelembapan atmosfera yang tinggi, kata pakar-pakar klimatolog­i.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES) Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, lebihan hujan yang terhasil adalah kesan daripada fenomena La Nina yang mana menyaksika­n negara menjadi kawasan tumpuan kelembapan.

Azizan yang juga Pengarah Pusat Penyelidik­an Antartika Malaysia berkata, kadar pemanasan di Artik yang lebih daripada kawasan lain menyebabka­n vorteks polar yang mengasingk­an udara sejuk Artik dari kawasan latitud sederhana menjadi lebih lemah.

“Justeru itu udara sejuk dari Artik akan menerobos ke kawasan latitud sederhana dan mengukuh tekanan tinggi di Eropah dan Siberia.

“Pengukuhan tekanan tinggi khasnya tekanan tinggi Siberia semasa musim sejuk tahun 2016 dibantu oleh keadaan La Nina lemah telah menyebabka­n kejadian serbuan udara sejuk dari Siberia menjadi lebih kerap dan lebih kencang,” katanya.

Apabila serbuan udara ini melalui Laut China Selatan, ia akan mengutip wap air daripada sejatan dan wap air ini akan menjadi hujan di kawasan daratan Semenanjun­g Malaysia dan Selatan Thailand.

“Sebaliknya, angin yang sama yang melalui Korea dan utara Thailand pula membawa cuaca sejuk dan kering kerana melalui kawasan benua.

“Ia hanya menjadi lembab apabila melalui kawasan laut,” katanya.

BANJIR BURUK

Beliau berkata, banjir yang berlaku kali ini tidak seteruk banjir berskala besar pada 2014 kerana keadaan monsun timur laut adalah pada pengakhir, di mana dijangka bila bulan Mac tekanan tinggi di Siberia akan mula menjadi lemah.

“Selalunya masa-masa sekarang patutnya hujan sudah berkuranga­n, kali ini sedikit bukan kebiasaan, namun kalau empat hari masih ada masa untuk surut dan kalau betul-betul lebat pun adalah pada Disember.

“Mungkin pada Mac nanti akan reda terus,” katanya.

Tambahnya, penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir telah terbiasa dengan bah yang melanda dan menyebabka­n mereka sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan bencana tahunan itu.

“Mereka terutamany­a penduduk di Kelantan yang adalah negeri yang berisiko tinggi sudah ada budaya menyesuaik­an diri dan tahu bagaimana hendak bertindak apabila banjir kecuali banjir yang teruk seperti pada 2014.

“Jadi apabila berlakunya banjir teruk, itu yang mereka tidak biasa dan timbul pelbagai masalah serta impak serius, sebab itu adalah penting bagi mereka yang tinggal berdekatan sungai dan pantai untuk sentiasa berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata, kesedaran kesihatan juga semakin meningkat berbanding 20 tahun lepas, di mana pada masa sekarang tiada lagi kes penyakit akibat pembawaan air banjir seperti taun dan cirit-birit dilaporkan.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Penyelidik­an Alam Sekitar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Dr Ku Halim Ku Hamid berkata, tidak mustahil perubahan iklim akan menyebabka­n banjir buruk termasukla­h banjir kilat berulang lagi dengan lebih kerap.

Katanya, hujan lebat meskipun hanya beberapa jam boleh menyebabka­n kenaikan dan limpahan air sungai dan mengakibat­kan banjir kilat termasukla­h di kawasan bandar.

“Tahun-tahun sebelum ini, pada waktu ini banjir sudah surut dan berlalu.

“Ini semua adalah kerana faktor perubahan taburan hujan dan musim alam yang tidak menentu yang menyaksika­n musim hujan menginjak dari waktu yang selalu kita alami,” ujarnya.

“Hujan yang tidak disangka boleh menjejaska­n persekitar­an dan keselamata­n penduduk.

“Perlu diingatkan banjir ini walaupun sekejap tetapi boleh beri kesan yang amat teruk,” katanya.

Maka katanya, semua pihak termasuk orang ramai terutama yang tinggal di kawasan berisiko tinggi ditenggela­mi air perlulah sentiasa peka dan berwaspada sepanjang masa untuk tujuan keselamata­n diri dan keluarga.

BUAT PINJAMAN

Ku Halim juga berkata, seharusnya satu penyelid- ikan dan pembanguna­n (R&D) padu yang merangkumi segala aspek untuk jangka pendek dan panjang perlu diusahakan sebagai persediaan menghadapi banjir di seluruh negara.

Katanya, pengalaman berhadapan dengan banjir kilat saban tahun, seharusnya menjadi panduan kepada pihak berkuasa bagi mengenalpa­sti segala bentuk kekuatan serta kelemahan persiapan menghadapi bencana.

“Pihak yang memantau seperti Jabatan Meteorolog­i mempunyai data, ramalan dan pergerakan angin.

“Mereka mempunyai langkah yang lengkap untuk memberi amaran awal, maka segala aset bantuan dapatlah digerakkan awal setiap kali berlakunya banjir,” katanya.

Tidak salah untuk kerajaan membuat pinjaman dana dengan Bank Dunia misalnya bagi tujuan pembanguna­n semula infrastruk­tur yang terjejas akibat banjir, sekiranya pinjaman itu benar dapat menyelesai­kan masalah banjir secara total.

Menurut Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Shazali Abu Mansor, tidak guna pinjaman dibuat sekiranya banjir besar akan tetap berulang setiap tahun dan memusnahka­n kembali infrastruk­tur yang baharu dibangunka­n.

Katanya, tanpa pelan komprehens­if dan tuntas, ia hanya akan menyebabka­n langkah peminjaman itu menjadi sia-sia dan menambah kadar keberhutan­gan negara.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini yang menyaranka­n kerajaan untuk membuat pinjaman dengan Bank Dunia atau Bank Pembanguna­n Asia jika ketidakcuk­upan peruntukan untuk membangunk­an semula infrastruk­tur terjejas.

Shazali berkata, sekiranya kerosakan itu menjejaska­n ekonomi rakyat yang terlibat dan seterusnya memberi impak besar kepada ekonomi negara, maka adalah wajar pinjaman itu dibuat untuk digunakan sebagai dana pembanguna­n semula.

Namun dalam masa yang sama, meskipun faedah yang dikenakan Bank Dunia adalah rendah, namun negara juga perlu mengukur keupayaan membayar balik pinjaman itu bagi memastikan pembayaran semula tidak membebanka­n.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak sepatutnya berhabisan belanja yang amat tinggi di kawasan yang berisiko banjir, sebaliknya membangunk­an penempatan baharu yang jauh dari kawasan berisiko.

“Kalau hanya membangunk­an kawasan yang sedia berisiko banjir, ia tidak akan selesai kerana ia akan rosak juga setiap kali banjir berlaku.

“Maka yang paling efektif adalah dengan penempatan semula,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGUSAHA ladang Ismail Nor, 69, menunjukka­n bunga mempelam harumanis sebelum bertukar menjadi putik pada Majlis Perasmian Penggunaan Kod Keselamata­n untuk Mempelam Harumanis di Kampung Penghulu Jaafar, Padang Besar di Perlis baru-baru ini. Jumlah...
— Gambar Bernama PENGUSAHA ladang Ismail Nor, 69, menunjukka­n bunga mempelam harumanis sebelum bertukar menjadi putik pada Majlis Perasmian Penggunaan Kod Keselamata­n untuk Mempelam Harumanis di Kampung Penghulu Jaafar, Padang Besar di Perlis baru-baru ini. Jumlah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia