Utusan Borneo (Sabah)

Pentas pilih pemain remaja

Kejohanan badminton bawah 18, 21 tahun buka penyertaan

-

KOTA KINABALU: Persatuan Badminton Sabah (SBA) akan menganjurk­an kejohanan badminton bawah 18 dan 21 tahun yang akan diadakan di Adventist Auditorium Tamparuli bermula 4 hingga 6 Mac depan.

Menurut Golubi Guntarek selaku pengerusi penganjur, kejohanan ini terbuka kepada warganegar­a Malaysia dan sekurang-kurangnya menetap tiga bulan di Sabah atau W.P. Labuan.

Pemain dari negeri lain yang layak menyertai kejohanan ini perlu mendapat surat kebenaran daripada persatuan badminton negeri asal dan sekiranya terpilih hendaklah mewakili negeri Sabah untuk tempoh dua tahun iaitu 2017-2018.

Katanya, kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan merupakan salah satu kriteria pemilihan wakil pemain remaja Sabah ke Kejohanan Kebangsaan B18 Tahun, Kejohanan Kebangsaan B21 Tahun, Remaja Berpasukan Antara Negeri B18 dan Pasukan elite Sabah 2017.

Setiap pemain hendaklah mendaftar melalui persatuan badminton daerah masingmasi­ng dan jika mewakili daerah lain perlu menunjukka­n surat pelepasan dan surat penerimaan daripada kedua dua persatuan daerah yang berkenaan dan setiap daerah dibenarkan mendaftar maksimum empat pemain dalam setiap kategori.

Walaubagai­manapun katanya, setiap pemain hanya dibenarkan mendaftar/menyertai satu kategori sahaja.

Tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 25 Februari (Sabtu) jam 10.00 pagi. Sebarang pendaftara­n penyertaan melalui gambar, sms, whatsapp dan panggilan telefon tidak dilayan.

Setiap pendftaran hendaklah disertakan dengan yuaran penyertaan iaitu RM30 bagi acara perseorang­an dan RM60 bagi acara beregu.

Kategori yang akan dipertandi­ngkan ialah Perseorang­an/Beregu Lelaki dan Perempuan B18 Tahun lahir pada 1999 atau 2000 dan Perseorang­an / Bergu Lelaki dan Perempuan B21 Tahun lahir pada 1996 atau 1997 dan beregu campuran kedua dua ketegori.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Steve J (0111353832­85) dan Golubi Guntarek (0198716733, 0198608899).

Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan merupakan salah satu kriteria pemilihan wakil pemain remaja Sabah. GOLUBI GUNTAREK Pengerusi penganjur

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli jawatankua­sa penganjur merakamkan gambar bersama Golubi. Hadir sama, Presiden SBA Janih Bangud (duduk, tiga kiri).
SEBAHAGIAN ahli jawatankua­sa penganjur merakamkan gambar bersama Golubi. Hadir sama, Presiden SBA Janih Bangud (duduk, tiga kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia