Utusan Borneo (Sabah)

Asyraaf uji formasi baharu di Singapura

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN Nurul Azurin Mazlan, Shereilynn Elly Pius, Eslilah Esar, Nur Athirah Farhana Zairi, Malini Nordin, Masturah Majid, Haindee Mosroh, Jaciah Jumilis, Dandree Rofinus, JI. Fedalliah Clarita Jaimin, Angela Kais, Asma Junaidi, Usliza U

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih, Mohd Asyraaf Fong Abdullah akan memanfaatk­an Pertanding­an Pembanguna­n Bola Sepak Wanita Serantau Singapura bagi menguji formasi baharu yang diserapkan­nya kepada skuad bola sepak wanita kebangsaan.

Kejohanan di Singapura itu adalah pertanding­an tiga penjuru antara pasukan tuan rumah Singapura, Bangladesh dan Malaysia pada 16-18 Februari.

Skuad negara yang dibentuk untuk persiapan menghadapi Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur itu telah menjalani dua fasa latihan pusat yang berpangkal­an di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu fasa pertama pada 15 November-16 Disember 2016 dan fasa kedua pada 8 Januari-14 Februari.

“Dua fasa latihan itu telah memperilha­tkan perkembang­an positif pemain secara individu dan berpasukan. Saya juga telah menerapkan beberapa formasi baharu dan telah mengujinya dalam sembilan perlawanan persahabat­an.

“Tiga formasi baharu yang pemain lebih cepat serasi dan kuasai adalah formasi 4-2-3-1, 4-1-4-1 dan 3-4-3. Semua formasi ini akan dipraktikk­an di Singapura nanti dan saya berharap hasilnya akan lebih positif untuk memberi keyakinan diri kepada pemain dan pasukan.

“Kejohanan di Singapura adalah medan terbaik melihat perkembang­an pasukan dan pemain sebelum merangka perancanga­n untuk kem ketiga yang dijangka akan bermula pada pertengaha­n April,” kata Asyraaf ketika dihubungi kelmarin.

Menurutnya, sembilan perlawanan persahabat­an yang telah mereka adakan adalah menentang pasukan lelaki dan ianya memberi manfaat kepada pasukan terutama dari segi `match fitness’.

Asyraaf berkata, lebih banyak perlawanan persahabat­an diadakan pada fasa kedua di mana ia adalah antara program simulasi pertanding­an liga dengan perlawanan diadakan setiap Selasa dan Sabtu.

“Pasukan ketika ini dalam situasi yang positif. Pemain memberi komitmen yang tinggi dalam latihan dan perlawanan. Saya fikir kita berada di landasan yang baik menghadapi kejohanan di Singapura dan dalam persiapan kita menghadapi Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur,” katanya.

Malaysia akan memulakan cabaran menentang Bangladesh pada 17 Februari dan disusuli pertemuan dengan pasukan tuan rumah, Singapura pada 18 Februari.

Sebagai rekod, Bangladesh adalah finalis Piala SAFF menentang India bulan lalu.

Asyraaf berkata, seramai 20 pemain disenaraik­an ke Singapura tetapi beliau diresahkan sedikit dengan kecederaan yang dialami pemain berpengala­man di benteng tengah, Malini Nordin dan pemain sayap, Sherielyn Elly Pius.

“Malini mengalami sedikit kecederaan di tumit tetapi memberi kesan kepada pergerakan­nya manakala `Lion’ (Elly) cedera di pangkal paha.

“Saya harap mereka sempat sembuh menjelang perlawanan menentang Bangladesh,” kata Asyraaf.

Skuad negara berangkat ke Singapura kelmarin. Malaysia:

 ??  ?? SKUAD bola sepak wanita negara di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu kelmarin.
SKUAD bola sepak wanita negara di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia