Utusan Borneo (Sabah)

MSS SMKKM: Sri Labuan johan

300 atlet sertai MSS SMKKM ke-46

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Acara bermula 7 hingga 10 Februari lalu itu disertai enam rumah sukan termasuk Sri Kinabalu, Sri Labuan, Sri Marudu, Sri Gaya, Sri Marudu dan Sri Sandakan.

KOTA MARUDU: Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu kali ke 46 berlangsun­g meriah dengan disertai lebih 300 atlet dari enam rumah sukan.

Acara bermula 7 hingga 10 Februari lalu itu disertai enam rumah sukan termasuk Sri Kinabalu, Sri Labuan, Sri Marudu, Sri Gaya, Sri Marudu dan Sri Sandakan.

Sepanjang kejohanan berlangsun­g peserta menunjukka­n peningkata­n dalam acara yang dipertandi­ngkan dengan mencatatka­n rekod baharu antaranya acara lontar peluru lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, 200 meter perempuan 15 tahun, 5000 meter lelaki terbuka, 400 meter lelaki bawah 15 tahun dan juga lari berganti 400 lelaki bawah 15 tahun.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKKM Jaiping Minsu yang menyempuna­kan kejohanan ini berkata, lima peserta berjaya menyandang anugerah peserta terbaik dalam kejohanan ini.

“Pelajar terbabit ialah Azroo Hendry (Lelaki A) , Elize Voo Hui Yuen (Perempuan A) , Nurwahidah Ozri (Perempuan B), Hafley Jabinson (Lelaki B) dan Joannth Liaw pelajar tingkatan satu yang dipilih sebagai Atlet Harapan Sekolah.

“Saya difahamkan kelimalima peserta ini bertekad untuk berusaha lebih gigih bagi mencatat kejayaan dalam acara masing-masing di peringkat daerah seterusnya ke peringkat lebih tinggi demi mengharumk­an nama sekolah selain balasan kepada usaha jurulatih yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang latihan,” katanya.

Sementara itu Azroo yang juga pelari jarak jauh dan atlet merentas desa yang berpengala­man dari sekolah ini dalam acara 5000 meter berkata, pengalaman lalu membuatkan­nya lebih yakin dalam setiap acara yang diikuti.

“Saya pernah mewakili Zon Utara ke peringkat negeri Sabah dalam acara 5000 meter dan acara merentas desa sekolah menengah di mana kejayaan yang diperolehi ini membuatkan saya mahu berazam dengan lebih berusaha memperbaik­i catatan masa agar dapat bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Secara peribadi saya sentiasa menanam cita mewakili Sabah dalam acara jarak jauh dan mengikuti jejak atlet Sabah lain yang berpotensi dalam acara jarak jauh di peringkat kebangsaan,” katanya.

Walaupun sibuk dengan pelajaran, tambahan pula Azroo akan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini, beliau berjanji akan membahagik­an masa dengan baik agar cemerlang dalam bidang olahraga dan akademik.

Bagi Joannth Liaw pula beliau terkejut sebaik dipilih sebagai Atlet Harapan Sekolah kerana masih berada di tingkatan satu dan boleh bersaing dengan peserta yang lebih tua daripadany­a.

Katanya, anugerah ini memberi semangat baharu kepadanya untuk berusaha lebih kuat lagi dan akan mematuhi displin program latihan yang ditetapkan oleh ketua jurulatih olahraga agar cita-cita mewakili Sabah dalam acara 800 meter tercapai.

Menurutnya, walaupun agak sukar berikutan wujudnya saingan daripada atlet dari daerah lain, namun segalanya boleh menjadi kenyataan melalui usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi.

Bagi keputusan kejohanan kali ini, rumah sukan Sri Labuan dinobatkan sebagai johan keseluruha­n dengan mengutip 197 mata, diikuti rumah sukan Sri Marudu naib johan mengutip 173 mata dan Sri Gaya tempat ketiga dengan 161 mata.

Semasa majlis penutupan kejohanan juga berlangsun­g pertanding­an perbarisan lintas hormat rumah sukan dan unit beruniform, menyaksika­n rumah Sri Labuan menjadi johan bagi kategori Perbarisan manakala Kadet Remaja Sekolah menjadi johan bagi kategori Unit Beruniform.

Bagi menyerikan lagi kejohanan tahun ini, acara sampingan iaitu acara lari berganti untuk pelajar Tingkatan Enam, guru-guru dan kakitangan lelaki, acara tarik tali untuk guru wanita serta acara tarik tali untuk pelajar tingkatan satu turut diadakan.

Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin berkata, kejohanan yang diadakan setiap tahun ini adalah medan untuk pemilihan atlet yang layak mewakili sekolah ke Kejohanan Balapan dan Padang peringkat daerah yang dijangka berlangsun­g tidak lama lagi.

Dalam ucapan perasmiann­ya beliau berkata, usaha gigih semua guru dan kakitangan sekolah yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan balapan dan padang ini dengan baik walaupuan berhadapan kekangan tugas di dalam kelas selain keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Tanggungja­wab menjalanka­n tugas demi kepentinga­n sekolah dan kejayaan pelajar adalah amat dihargai dan saya harapkan usaha ini akan berterusan dari masa ke semasa demi kejayaan sekolah.

“kejohanan ini juga diadakan untuk memberi landasan kepada jurulatih olahraga dalam memilih atlet yang layak untuk diserapkan ke dalam kontinjen sekolah ke peringkat daerah kelak,” katanya.

 ??  ?? FARIDAH menyampaik­an hadiah johan keseluruha­n kepada wakil rumah sukan Sri Labuan Max Anthony.
FARIDAH menyampaik­an hadiah johan keseluruha­n kepada wakil rumah sukan Sri Labuan Max Anthony.
 ??  ?? ATLET Harapan Kejohanan Joannth Liaw menerima piala daripada Cikgu Richard Saimie.
ATLET Harapan Kejohanan Joannth Liaw menerima piala daripada Cikgu Richard Saimie.
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N rumah Sri Labuan semasa meraikan kemenagan johan keseluruha­n MSSSMKKM.
KEGEMBIRAA­N rumah Sri Labuan semasa meraikan kemenagan johan keseluruha­n MSSSMKKM.
 ??  ?? ATLET sekolah sedang bertanding dalam acara 5000 m terbuka.
ATLET sekolah sedang bertanding dalam acara 5000 m terbuka.
 ??  ?? KADET Remaja Sekolah johan perbarisan Unit Beruniform.
KADET Remaja Sekolah johan perbarisan Unit Beruniform.
 ??  ?? RUMAH Sri Labuan, johan perbarisan rumah sukan.
RUMAH Sri Labuan, johan perbarisan rumah sukan.
 ??  ?? BACAAN ikrar kejohanan daripada atlet SMKKM.
BACAAN ikrar kejohanan daripada atlet SMKKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia