Utusan Borneo (Sabah)

Pemain badminton Indonesia turut berentap di Kudat

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pertanding­an Badminton Tertutup Kudat Dan Jemputan Berpasukan yang akan berlangsun­g di Dewan Tun Mustapha Kudat pada 24-26 Februari 2017 turut disertai dua pemain Indonesia.

Pemain Indonesia yang akan bertanding itu adalah Rifki Ramadhan dari Kelab Djarum dan Muhammad Rizky Munardi dari Kelab Berundong Tua.

Kedua-dua pemain itu akan berganding­an dan bertanding dalam kategori Beregu Lelaki Terbuka.

Beregu Lelaki Terbuka adalah antara enam kategori yang dipertandi­ngkan pada pertanding­an selama tiga hari anjuran Persatuan Badminton Kudat dan Pitas dengan kerjasama Persatuan Penyewa Mara Kudat dan Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah.

Lima kategori lain terdiri daripada Perseorang­an Lelaki Tertutup, Beregu Lelaki Dan Wanita Tertutup, Beregu Lelaki Terbuka Gabungan 80 Tahun, Beregu Campuran Tertutup dan Berpasukan Jemputan Antara Jabatan.

Penganjur dalam kenyataan akhbar mereka kelmarin memberitah­u bahawa pertanding­an itu mendapat sambutan hangat termasuk kategori Berpasukan Jemputan Antara Jabatan yang mendapat penyertaan penuh 16 pasukan dari semua agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) serta agensi-agensi di Kudat.

Jabatan dan agensi yang mengambil bahagian dalam kategori Berpasukan Jemputan Antara Jabatan adalah DPU Mara, Felcra, PDRM Taman Nelly, Mara, Kemas, KKLW, Mara KPPKS Kudat, PDRM Kudat, Meteorolog­i Kudat, Lembaga Bandaran Kudat, Mara Sandakan, Pendidikan Kudat, Kesihatan Kudat, JKR Kudat, Peladang Kudat, dan Rela Pitas.

Kategori Berpasukan Jemputan Antara Jabatan melibatkan acara Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Veteran 45 tahun ke atas.

Pertanding­an itu menawarkan hadiah wang tunai, medal dan barangan sukan kepada pemenang semua kategori.

 ??  ?? PEMAIN Indonesia, Rifky (kiri) dan Rizky bertanding di pertanding­an badminton di Kudat pada 24-26 Februari.
PEMAIN Indonesia, Rifky (kiri) dan Rizky bertanding di pertanding­an badminton di Kudat pada 24-26 Februari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia