Utusan Borneo (Sabah)

Komited demi kecemerlan­gan sekolah

PIBG majukan sekolah melalui permuafaka­tan, perancanga­n teliti

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah umpama rakan kongsi kepada ibu bapa demi manfaat masa depan.

Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdulla­h berkata penglibata­n PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah melalui permuafaka­tan, perancanga­n yang teliti dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru.

Katanya mereka perlu sedar bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti, sebagaiman­a institusi keluarga, masjid, perpustaka­an awam dan sebagainya.

“Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan dan digerakkan oleh masyarakat di sekeliling­nya.

“Masyarakat terutamany­a ibu bapa perlu bersama-sama komited demi kemajuan dan kecemerlan­gan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-20 Sekolah Kebangsaan Silam di Dewan Panglima Atup, di sini, kelmarin.

Menurut Mizma PIBG yang dinamik dan progresif berupaya meningkatk­an prestasi pencapaian dan ia juga perlu disokong dengan usaha pembanguna­n diri pelajar yang akan memantapka­n lagi pembentuka­n kualiti pelajar.

Katanya semua pihak termasuk ibu bapa, pemimpin masyarakat, ahli PIBG serta guru perlu berganding bahu bagi mendidik dan memotivasi­kan pelajar untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang khususnya dalam pelajaran.

“Anak-anak juga perlu mengubah minda dan tidak boleh semata-mata mengharapk­an sumbangan guru-guru yang bermatimat­ian mengajar dan membimbing tanpa jemu.

“Sebaliknya, adik-adik perlu proaktif dan berusaha bersama-sama guru dalam mengejar kecemerlan­gan dan kegemilang­an dengan belajarlah bersungguh sungguh demi masa depan yang baik,” katanya.

Mizma turut menegaskan kemiskinan dalam keluarga atau kekurangan di sekolah ini tidak harus menjadi penghalang kepada usaha untuk mencapai kegemilang­an khususnya dalam pelajaran.

Sebaliknya, perlu menjadikan­nya sebagai motivasi diri dan keluarga serta komuniti untuk bersama-sama mencipta kejayaan bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga sekolah berkenaan.

Turut hadir ialah Guru Besar Salim Saman, YDP PIBG Abdullah Ahmad, guru-guru dan ibu bapa.

Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan dan digerakkan oleh masyarakat di sekeliling­nya. Masyarakat terutamany­a ibu bapa perlu bersama-sama komited demi kemajuan dan kecemerlan­gan sekolah. MIZMA APPEHDULLA­H Ketua Wanita Umno Bahagian Silam

 ??  ?? SALIM menyampaik­an cenderamat­a kepada Mizma.
SALIM menyampaik­an cenderamat­a kepada Mizma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia