Utusan Borneo (Sabah)

Mekanik ditahan di Kuala Ketil miliki pistol

-

ALOR SETAR: Seorang mekanik berusia 38 tahun ditahan kerana memiliki sepucuk pistol dan kelopak peluru yang mengandung­i dua butir peluru di Kampung Sisik Lantai, Kuala Ketil, Baling pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusof berkata pistol dan kelopak peluru itu ditemukan di belakang rumah suspek.

“Pistol dan kelopak peluru ditemui di dalam plastik yang dibungkus dandileta di celah batu di belakang rumahnya,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hinga 14 tahun dan enam kali sebatan.

Suspek juga di siasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 keranamemi­liki peluru yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, kata Asri.

“Kita masih menyiasat di mana pistol dan peluru itu diperolehi suspek dantujuan apa dia memilikiny­a,” katanya dan menambah suspek direman sehingga 28 Feb ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu dalam kes berasingan, pihak polis menahan 13 suspek berusiaant­ara 30 hingga 50 tahun yang dipercayai anggota kongsi gelap yang bergerakak­tif dengan melakukanj­enayahpeme­rasan dan ugutan di Langkawi, Kuala Muda dan Kulim.

Tangkapan dijalankan menerusi Ops Cantas Khas pada 20 Feb lalu.

“Mereka yang kita tahan terdiri dari kumpulan 04, 36 dan 08 dan polis tidakakan berkomprom­i dengan kumpulan-kumpulan ini. Kesemua mereka di siasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya.

Beliau berkata pihak polis menahan 98 orang anggota kumpulan ini.

“Kita masih memburu tiga lagi suspek dan meminta orang ramai yang menemuidan mengenali mereka agar segera menghubung­i pegawai polis di talian 04-7741541,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia