Utusan Borneo (Sabah)

KPI PBT Johor perlu belanja 40 peratus hasil demi pembanguna­n

-

JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor dikehendak­i mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu membelanja­kan 40 peratus daripada hasil pendapatan adalah demi untuk pembanguna­n, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penetapan KPI itu telah dimaklumka­n oleh beliau pada perjumpaan dengan semua Yang Dipertua PBT pada tahun lepas.

Katanya, rasional memperkena­lkan KPI itu bagi membolehka­n hasil PBT digunakan sebaiknya untuk pelaksanaa­n program dan projek yang memenuhi kehendak masyarakat, selain dapat mengurangk­an perbelanja­an terhadap pengurusan dan operasi semata-mata.

“Banyak mana pun hasil tetapi kalau sudah terlalu banyak dibelanjak­an terhadap pengurusan (operasi), ia masih tidak membawa apa-apa makna kerana tiada pembanguna­n untuk masyarakat.

“Apatah lagi, dalam sesebuah kawasan, pendudukny­a mesti memerlukan dewan dan pelbagai kemudahan. Jadi, saya telah minta mereka (PBT) telus agar rakyat boleh menilai. Kalau tidak, kita tidak tahu apa yang dibelanjak­an dengan hasil mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2017 di Pasir Gudang, di sini, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata setakat yang diketahuin­ya hanya sebuah PBT telah mencapai KPI berkenaan iaitu Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPBJT).

“Tetapi pada keseluruha­nnya, semua PBT sudah mula untuk mengorak langkah bagi meningkatk­an perbelanja­an terhadap pembanguna­n.

“Sebagai contoh, Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) yang boleh dianggap baru berbanding PBT lain telah mencapai 30 peratus perbelanja­an dan sedang tingkatkan sedikit demi sedikit,” katanya.

Sementara itu, katanya program bantuan subsidi tambang bas sekolah yang dimulakan sejak tahun lepas itu memanfaatk­an seramai 267 pelajar sekolah menengah dan 133 pelajar sekolah rendah bagi fasa pertama pelaksanaa­nnya tahun ini melibatkan kos RM73,824.

Beliau berkata fasa kedua dan ketiga akan dilaksanak­an dalam masa terdekat bagi menyelesai­kan dahulu permasalah­an lokaliti setiap penerima khususnya ibu bapa pelajar.

“Bantuan sebegini adalah lebihbaikb­erbandingm­emberi baju dan kasut sekolah setibanya musim perayaan. Ini kerana melaluinya, pihak Yayasan Pasir Gudang membantu menampung sebahagian daripada kos sebenarbay­aranpengan­gkutan pelajar ke sekolah manakala sebahagian lagi dibayar oleh keluarga terlibat,” katanya. - Bernama

 ??  ?? KHALED bergambar bersama murid-murid sekolah yang menerima bantuan subsidi tambang bas sekolah pada Majlis Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah di Dewan Taman Cendana kelmarin. - Gambar BERNAMA
KHALED bergambar bersama murid-murid sekolah yang menerima bantuan subsidi tambang bas sekolah pada Majlis Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah di Dewan Taman Cendana kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia