Utusan Borneo (Sabah)

Lebuhraya Pan Borneo anjak ekonomi jajaran Telok Melano-Sematan

Kerajaan giat melaksanak­an kerja-kerja pembinaan jalan raya baharu dari Telok Melano sehingga ke Sematan

-

IMPIAN kira-kira 8,000 penduduk yang mendiami sepanjang jajaran Telok Melano dan Sematan untuk memiliki jalan perhubunga­n darat yang lebih efisien bakal menjadi kenyataan.

Bagi merealisas­ikan impian ribuan penduduk di kawasan luar bandar ini, kerajaan kini sedang giat melaksanak­an kerjakerja pembinaan jalan raya baharu dari Telok Melano sehingga ke Sematan.

Kerja pembinaann­ya melibatkan jarak sepanjang 32.77 kilometer (km) dan dijadual siap pada atau sebelum 6 Januari, 2019.

Sebaik siap kelak, jalan baharu ini bukan sahaja akan memanfaatk­an penduduk yang mendiami sepanjang jajaran Telok Melano malah keseluruha­n penduduk dalam daerah kecil Sematan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan jalan bagi menghubung­kan Telok Melano dengan Sematan ini atau (TMS) merupakan pakej kerja pertama (WP1) di bawah projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS).

Projek WP1 TMS ini katanya, dilancarka­n pada 15 September, 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum dilaksanak­an pada 7 Oktober dengan nilai kontrak RM580 juta.

Menurut Fadillah, berdasarka­n perancanga­n awal, projek LPBS hanya melibatkan pembinaan dan naik taraf jalan raya kepada empat lorong dua hala bermula dari Sematan hingga ke Miri.

Bagaimanap­un katanya, ketika projek ini dibentangk­an kepada Allahyarha­m Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, beliau mahu projek LPBS ini dipanjangk­an hingga ke Telok Melano.

Cadangan ini telah diluluskan di peringkat persekutua­n dengan peruntukan RM580 juta bagi membina jalan raya baharu dua lorong dua hala dari Telok Melano hingga ke Sematan.

“Projek jalan TMS ini merupakan antara legasi yang ditinggalk­an Tok Nan kita dengan matlamat lebih menjurus untuk menambah aktiviti sosioekono­mi dalam kalangan penduduk luar bandar.

“Di samping itu, jalan ini juga akan menjadi akses

“Cadangan

ini telah diluluskan di peringkat persekutua­n dengan peruntukan RM580 juta bagi membina jalan raya baharu dua lorong dua hala dari Telok Melano hingga ke Sematan

utama penduduk di kawasan ini terutama Telok Melano yang masih bergantung kepada pengangkut­an laut yang kadangkada­ng tidak dapat dilalui ketika musim tengkujuh dan landas.

“Harapan kita, apabila jalan ini siap kelak ia bukan sahaja akan membuka perhubunga­n kepada penduduk dengan masyarakat luar dan lebih penting mengubah landskap sosio-ekonomi penduduk,” jelas Fadillah

ketika melawat tapak projek TMS baru-baru ini. Dalam pada itu, kontraktor WP1 TMS iaitu Samling Resources Sdn Bhd komited untuk menyiapkan projek ini tepat pada masanya.

Jalan sepanjang 32.77km ini turut melibat-kan pembinaan enam jambatan iaitu Jambatan Sungai (Sg) Samunsam, Jambatan Sg Beduan, Jambatan Sg Belinsah, Jambatan Sg Pueh, Jambatan Sg Kerambai dan Jambatan Sg Siru.

KUALITI DIUTAMA

Samling Resources Sdn Bhd sebagai kontraktor projek WP1 LPBS melibatkan jajaran TMS patuh kepada panduan polisi alam sekitar ketika membina laluan sepanjang 32.77km ini.

Menurut pengurus projek Ir Hii Hwang, pematuhan ketat kepada polisi ini diguna pakai untuk meminimumk­an impak buruk alam sekitar ke atas kualiti air dan udara termasuk komuniti tempatan yang mungkin terjejas ketika aktiviti pembinaan.

Apatah lagi sebahagian 18km daripada 32.77km jalan baharu ini adalah dibina dalam Santuari Hidupan Liar Samunsam.

“Syarikat mematuhi ketat panduan alam sekitar seperti Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang diluluskan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Pelan Kawalan Endapan dan Hakisan (ESCP) seperti diluluskan Jabatan Peng-airan dan Saliran (DID).

“Bagi mencapai pembanguna­n lestari bagi projek ini, syarikat melaksanak­an Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) secara berterusan ke atas kawalan endapan dan hakisan dengan membina dan memasang pencegahan endapan dan hakisan seperti pagar lumpur, daftar empangan dan kolam endapan.

“Selain itu pemantauan bulanan ke atas kualiti udara, air dan bunyi oleh perunding alam sekitar bebas juga dilakukan dan sebarang ketidakpat­uhan perlu diperbetul­kan serta merta,” katanya.

Sampel air termasuk pemantauan bunyi dan udara juga dijalankan secara kerap di dalam dan luar kawasan Santuari Hidupan Liar Samunsam.

“Pada masa yang sama, kami juga melaksanak­an polisi ketat larangan pemburuan, memancing dan mengambil spesies flora terlindung terutama di Santuari Hidupan Liar Samunsam kepada semua kakitangan kami,” katanya.

Manakala polisi ‘tiada pembakaran terbuka’ dilaksanak­an secara ketat sehingga projek siap di mana semua sisa binaan terutama di Santuari Hidupan Liar Samunsam hanya akan dikitar semula sebagai langkah penguranga­n sisa sebaik mungkin.

Malah pokok-pokok yang dibersihka­n sepanjang laluan kanan dalam Santuari Hidupan Liar Samunsam ditanda terlebih dahulu Jabatan Perhutanan Sarawak.

Aktiviti pembinaan di santuari ini juga dihadkan dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan tiada aktiviti pembinaan dijalankan pada waktu malam bagi mengurangk­an gangguan kepada hidupan liar.

LIMPAHAN PELUANG

Meskipun projek LPBS bagi WP1 TMS belum siap, namun manfaatnya sudah dinikmati penduduk tempatan terutama dari sekitar daerah Sematan.

Di bawah projek ini, kontraktor utama Samling Resources Sdn Bhd telah mewujudkan kira-kira 260 peluang pekerjaaan di tapak projek.

Daripada jumlah ini, 70 peratus atau 182 pekerjaan diisi penduduk tempatan dari sekitar daerah kecil Sematan, Lundu, Bau dan Kuching.

Pekerjaan yang diisi penduduk tempatan termasukla­h pembantu pengurus projek, eksekutif kontrak, jurutera kanan, jurutera, pegawai alam sekitar, eksekutif alam sekitar, pegawai keselamata­n, penyelia, pegawai pentadbira­n, anggota keselamata­n, pengendali mesin dan juga pekerja am.

Menurut pengurus projek TMS Ir Hii Hwang, selain penglibata­n penduduk tempatan untuk bekerja, syarikat juga mengambil inisiatif menghantar kakitangan mengikuti program pembanguna­n dan latihan bagi meningkatk­an kemahiran mereka.

“Kami telah menghantar pekerja kami untuk latihan penting seperti kesedaran ISO 9001:2015, latihan Kad Hijau keselamata­n, latihan pengendali, keselamata­n dan kemahiran pengkerani­an.

“Selain itu, syarikat juga menarik pembabitan pelajar dengan memboleh-kan mereka menjalani latihan industri di tapak projek,” kata Hii.

 ??  ?? NAJIB (tiga kiri) melancarka­n projek WP1 TMS pada 15 September, 2015 di Sematan bersama Allahyarha­m Adenan (kanan).
NAJIB (tiga kiri) melancarka­n projek WP1 TMS pada 15 September, 2015 di Sematan bersama Allahyarha­m Adenan (kanan).
 ??  ?? PENGGALIAN dan pembentuka­n jalan baharu dari CH0 Telok Melano hingga CH33 Sematan
PENGGALIAN dan pembentuka­n jalan baharu dari CH0 Telok Melano hingga CH33 Sematan
 ??  ?? FADILLAH (depan kiri) meninjau perkembang­an kerja-kerja pelaksanaa­n projek WP1 TMS pada 2 Februari lalu.
FADILLAH (depan kiri) meninjau perkembang­an kerja-kerja pelaksanaa­n projek WP1 TMS pada 2 Februari lalu.
 ??  ?? KERJA pembinaan Jambatan Samunsan, jambatan terpanjang dalam jajaran Telok Melano-Sematan.
KERJA pembinaan Jambatan Samunsan, jambatan terpanjang dalam jajaran Telok Melano-Sematan.
 ??  ?? PEMBINAAN pembentung­an.
PEMBINAAN pembentung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia