Utusan Borneo (Sabah)

2,878 calon warga emas berjaya dilesenkan JPJ

-

SERAMAI 12,878 calon warga emas negeri ini berjaya dilesenkan menerusi 29 siri Program Satu Komuniti Satu JPJ (Jabatan Pengangkut­an Jalan) (SKSJ) dari tahun 2009 hingga 2016.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron berkata, program itu juga melesenkan seramai 116,686 calon warga emas dan masyarakat Orang Asli seluruh negara menerusi 263 siri.

Beliau berkata, program itu dianjurkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat terutama masyarakat luar bandar memiliki lesen memandu.

“Oleh kerana kekurangan JPJ di luar bandar maka kita mengambil inisiatif turun padang dan menyahut seruan kerajaan merakyatka­n perkhidmat­an awam.

“Menerusi SKSJ, kita berjumpa dengan masyarakat di luar bandar dan menyediaka­n kemudahan untuk mereka memiliki lesen tanpa perlu pergi ke bandar,” katanya pada Penutupan SKSJ Tanjung Manis di sini, baru-baru ini.

Program SKSJ Tanjung Manis yang dijalankan hampir tiga bulan lalu mendapat penyertaan seramai 302 calon dan mengikuti kursus pemanduan, latihan menunggang motosikal dan menduduki ujian dikendalik­an oleh JPJ.

Melalui program ini, warganegar­a Malaysia dikategori­kan warga emas berusia 45 tahun ke atas di Semenanjun­g Malaysia dan 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak serta 21 tahun ke atas bagi masyarakat Orang Asli diberi peluang mendapatka­n Lesen Kelas B2 Motosikal.

Pada majlis itu, Nadzri mengumumka­n semua 320 calon Program SKSJ Tanjung Manis telah lulus dan layak memperoleh­i Lesen Kelas B2 Motosikal.

Walaupun JPJ memudahkan mereka mendapat lesen, beliau menasihati calon-calon memberi komitmen dan kepercayaa­n kepada diri sendiri serta mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau memberitah­u penunggang motosikal merupakan penyumbang tertinggi kemalangan jalan raya dan 60 peratus kematian di jalan raya adalah kalangan mereka.

“Apa yang anda pelajari sepanjang mengikuti program ini, praktikkan semasa di atas jalan raya agar kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangka­n,” katanya.

Salah seorang calon, Salbina Dandan, 46, mengucapka­n terima kasih kepada JPJ kerana mengadakan program itu.

“Dahulu sukar memiliki lesen kenderaan kerana tidak tahu proses memohon lesen. Menerusi program SKSJ, mudah kami memiliki lesen kerana proses dan kemudahann­ya disediakan oleh kerajaan,” kata Salbina.

Sementara itu, peserta lelaki tertua mendapat lesen menerusi program tersebut ialah Seberi Keri berusia 76 tahun. Manakala peserta wanita tertua, Bainah Ladim berusia 56 tahun.

 ??  ?? NADZRI (tiga kiri) menyampaik­an replika lesen motosikal kepada Seberi merupakan calon paling tua disaksikan (dari kanan) Mathew, Shafiq, Kenil dan Valluvan.
NADZRI (tiga kiri) menyampaik­an replika lesen motosikal kepada Seberi merupakan calon paling tua disaksikan (dari kanan) Mathew, Shafiq, Kenil dan Valluvan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia