Utusan Borneo (Sabah)

‘Muslim Ban’, anak Muhammad Ali kesal diprofil

-

WASHINGTON: Anak lelaki legenda tinju Muhammad Ali ditahan untuk disoal siasat selama dua jam di sebuah lapangan terbang di Florida sebaik pulang dari Jamaica gara-gara namanya, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS) lewat kelmarin.

Muhammad Ali Jr., 44, yang dilahirkan di Philadelph­ia dan mempunyai pasport AS, dalam perjalanan bersama ibunya Khalilah CamachoAli, isteri kedua ikon sukan itu, menurut rakan dan peguam Chris Mancini kepada Louisville Courier-Journal.

Mancini memberitah­u akhbar tersebut bahawa keduaduany­a ditahan untuk disoal siasat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Fort

Lauderdale pada 7 Februari lalu kerana nama mereka seperti nama orang Arab.

Camacho-Ali bagaimanap­un dibebaskan selepas beliau menunjukka­n kepada ejen kastam gambarnya bersama bekas suaminya itu.

Anaknya bagaimanap­un tidak memiliki foto sedemikian dan menurut Mancini, telah ditahan hampir dua jam dan berkali-kali ditanya tentang namanya dan agamanya.

Apabila mengakui dirinya seorang Muslim seperti mana bapanya, ejen-ejen terbabit terus bertanyaka­n soalan peribadi.

“Bagi Ali dan keluargany­a, jelas sekali semua ini ada kaitan dengan usaha Trump untuk melarang kemasukan Muslim ke Amerika Syarikat,” Mancini memberitah­u Courier-Journal, merujuk kepada perintah eksekutif Presiden Donald Trump lewat Januari lalu yang menetapkan larangan kemasukan 90 hari ke atas rakyat dari tujuh negara Islam.

Larangan itu bagaimanap­un telah ditangguhk­an oleh mahkamah persekutua­n.

Mancini berkata, beliau dan keluarga Ali cuba menyiasat jumlah orang yang ditahan untuk soal siasat serupa dan mempertimb­ang saman persekutua­n.

Ali, antara wira sukan kurun ke-20, mati setelah sekian lama menghidap penyakit Parkinson’s pada 3 Jun tahun lepas pada usia 74 tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia