Utusan Borneo (Sabah)

Program terbaharu Perang Bibir di TV9 tawar hadiah lumayan

-

M ENGGAYAKAN semula persembaha­n lagu-lagu hits dari carta lagu tempatan dan antarabang­sa menjadi tugasan penting bagi 24 artis popular Malaysia apabila RM30,000 bakal menjadi milik juara Perang Bibir.

Program terbaharu di TV9, Perang Bibir memaparkan persembaha­n lip sync bertema bakal bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula 2 Mac 2017.

Perang Bibir terbitan Primeworks Studios sebanyak 12 episod dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Dennis Yin menampilka­n 24 artisartis popular yang dikenali sebagai ‘contender’.

Selain persembaha­n lip sync bertema, bersediaka­h para contender menjalani cabaran-cabaran lain dengan hanya menggunaka­n bibir?

Apakah strategi dan idea menarik yang akan dipersemba­hkan oleh para contender iaitu Amar Ashraf, Izzue Islam, Izreen Azminda, Raja Afiq, Zulin Aziz, Syafiq

“Perang Bibir terbitan Primeworks Studios sebanyak 12 episod dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Dennis Yin menampilka­n 24 artisartis popular yang dikenali sebagai ‘contender’.

Kyle, Azrel Ismail, Syazuwan Hassan DFKL, Ryzal Jaafar, Siti Elizad Sharifuddi­n, Syazwan Zulkifly, Mawar Rashid, Taufiq Hanafi, Izzue Islam, Nur Risteena Munim, Daler Yusof, Mustaqim Bahadom, Neera Azizi, Puteri Perang Bibir dibahagika­n kepada 3 pusingan iaitu pusingan kelayakan (episod 1-8), pusingan separuh akhir (episod 9 -11) dan pusingan akhir (episod 12).

Selain 8 pemenang yang berjaya di pusingan kelayakan, contender yang tersingkir masih mempunyai satu peluang untuk menyertai pusingan separuh akhir sebagai peserta wild card. Di pusingan separuh akhir, hanya 9 contender akan bertanding untuk merebut 3 tempat di pusingan akhir di mana hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dijadikan taruhan.

Pusingan kelayakan disertai oleh 3 orang contender pada setiap episod dengan tema yang berlainan iaitu Carta Bibir (Top 40), K-Pop, Wayang Lebih (OST), Joget, Rock, Hip Hop dan R&B, Bollywood, dan Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (KLMJ).

Pusingan ini memaparkan 3 cabaran iaitu persembaha­n lip sync bertema, mini game dan persembaha­n lip sync spontan.

Mata persembaha­n lip sync bertema daripada carta lagu tempatan dan luar negara ditentukan oleh sorakan penonton studio. Contender masih boleh mengejar mata dalam 2 mini game di cabaran kedua.

Contender yang menang di peringkat ini akan mendapat kelebihan untuk digunakan di peringkat ketiga iaitu persembaha­n lip sync spontan. Contender dengan mata terkumpul yang paling tinggi akan mara ke pusingan separuh akhir.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Zurina Othman, “Mengetenga­hkan 24 artis popular sebagai tarikan utama, Perang Bibir yang berkonsepk­an muzikal dan hiburan ringan merupakan kejutan besar kami buat penonton setia TV9 pada tahun ini. Anda pasti tidak akan bosan selama satu jam program ini bersiaran. Persembaha­n lip sync bertema atau secara spontan oleh contender membuahkan hasil yang amat luar biasa kerana kesemua artis yang terlibat teruja dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Selain itu, penampilan Sherry Alhadad dan Dennis Yin sebagai hos bukan sahaja telah menghidupk­an program ini malahan gaya penyampaia­n mereka berdua yang sangat bersahaja dan santai juga mampu menarik penonton muda untuk menjadi pengikut Perang Bibir ini.”

Sidang produksi Perang Bibir diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd Aziz sebagai penerbit eksekutif serta Daniel Chan, Saidatul Akmar Mohd Shah dan Ahmad Azahari Mohamad Ali sebagai penerbit.

Berhibur dengan 24 artis popular dalam Perang Bibir pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam selama satu jam di TV9 bermula 2 Mac 2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com. my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ?? Aisyah, Luqman Hafidz, Hafeez Mikail, Ramona Zamzam, Hanna Aqeela dan Reen Rahim? Format program
Aisyah, Luqman Hafidz, Hafeez Mikail, Ramona Zamzam, Hanna Aqeela dan Reen Rahim? Format program
 ??  ??
 ??  ?? AMAR ASHRAF
AMAR ASHRAF
 ??  ?? RYZAL JAAFAR
RYZAL JAAFAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia