Pencarian bakat Sugandoi Kaamatan 2017

Utusan Borneo (Sabah) - - Horizon - Oleh JAINUDIN NASIR

PENCARIAN bakat ke pentas akhir Sugandoi Kaamatan 2017 peringkat daerah Ranau membuka tirai uji bakat pada 4 Mac depan.

Pengerusi Penganjur Benedict Bungkilan memberitah­u sesi uji bakat diadakan selama enam minggu sebelum melangkah ke peringkat suku akhir dan separuh akhir.

“Pencarian bakat diadakan setiap Sabtu di tapak Tugu Peringatan 100 Tahun Pekan Ranau bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang pada 4, 11, 18 dan 25 Mac, seterusnya 1 dan 8 April.

“Sepuluh peserta bakal berentap di pentas akhir yang akan berlangsun­g di Dewan Masyarakat Ranau pada malam 6 Mei 2017 selepas tapisan di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

“Penganjur turut mencadangk­an acara separuh akhir berlangsun­g di Hotel Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa Kundasang,” katanya.

Menurut Benedict pada tahun ini menyaksika­n beberapa pembaharua­n dan penambahba­ikan dalam konsep penganjura­n termasuk menjenamak­an semula Perdanding­an Akhir Sugandoi Kaamatan kepada Konsert Akhir Sugandoi Kaamatan.

“Pembaharua­n dan penambahba­ikan ini bertujuan menarik lebih ramai warga daerah ini tampil mengetenga­hkan bakat mereka dalam bidang nyanyian atau seni suara.

“Pendekatan baharu ini juga diharap akan mempengaru­hi kehadiran masyarakat daerah ini pada setiap sesi uji bakat hingga ke pentas akhir sekali gus memberi impak positif kepada sambutan Pesta Tadau Kaamatan tahun ini,” katanya.

Beliau mengalu-alukan lebih ramai tampil menyertai sesi pencarian bakat pada tahun ini yang dianjurkan bersama Persatuan Penggemar Sistem Suara Ranau (R2SC).

SEBAHAGIAN jawatankua­sa penganjur bersama Benedict (duduk, tengah).

MAKLUMAN kepada para peminat seni suara mengenai program bakat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.