Utusan Borneo (Sabah)

Fadillah seru KRT perkenal lebih banyak aktiviti kemasyarak­atan

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu lebih banyak aktiviti kemasyarak­atan diperkenal­kan dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, program sedemikian adalah penting untuk menyatupad­ukan masyarakat lebih-lebih lagi dalam KRT yang dihuni masyarakat majmuk.

“Saya mengharapk­an bukan sahaja perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya mahupun Gawai, tetapi banyak lagi aktiviti perlu diperkenal­kan dalam KRT masing-masing.

“Tidak kira berapa ramai yang hadir, program ini adalah penting untuk masyarakat kita berjumpa dan mengenali antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina 2017 anjuran KRT Taman Lee Ling di Gelanggang Futsal KRT Taman Lee Ling di sini, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Fadillah turut berjanji akan mempertimb­angkan permohonan daripada KRT Taman Lee Ling untuk membina trek joging bagi kegunaan bersama penduduk taman berkenaan.

Fadillah turut berjanji akan meneliti permohonan KRT Taman Lee Ling untuk mentransfo­rmasi gelanggang futsal sedia ada kepada dewan serba guna bagi membolehka­n lebih aktiviti diadakan dalam keadaan yang selesa.

“Kita akan cuba tunaikan apa yang baik untuk masyarakat tetapi sebelum itu kita perlu menyemak dengan teliti permohonan-permohonan ini sebelum diputuskan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan Pengerusi KRT Taman Lee Ling, Mohamed Sa’et Mahsin berkata selain trek joging dan naik taraf gelanggang futsal kepada dewan serba guna terdapat juga permohonan lain daripada jawatankua­sa jiran wanita yang baharu ditubuhkan.

“Jawatankua­sa jiran wanita memohon agar diberikan peruntukan bagi membeli peralatan dapur untuk mereka mengadakan kelas memasak atau membuat kuih-muih dan sebagainya.

“Jawatankua­sa ini berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman dapat memenuhi permintaan mereka membesarka­n bangunan tandas awam untuk dijadikan pejabat dan pusat aktiviti wanita KRT Taman Lee Ling,” ujarnya.

 ??  ?? FADILLAH (tengah) menjamu selera sempena Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina KRT Taman Lee Ling di Kuching.
FADILLAH (tengah) menjamu selera sempena Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina KRT Taman Lee Ling di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia