Utusan Borneo (Sabah)

Warga Labuan meriahkan Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2017

-

LABUAN: Lebih 5,000 warga Labuan membanjiri Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan untuk memeriahka­n Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2017 peringkat Labuan, malam Sabtu lalu.

Majlis yang bermula jam 8 malam itu dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Pada majlis itu, Tengku Adnan menyampaik­an hadiah utama pertanding­an kibar bendera Wilayah Persekutua­n manakala Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan menyampaik­an hadiah utama nama bertuah berupa motosikal.

Dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata Labuan telah mencapai pembanguna­n pesat dan menikmati manfaat infrastruk­tur asas yang saksama sejak ia menjadi Wilayah Persekutua­n pada 16 April 1984.

Katanya sejak 32 tahun lalu, kerajaan telah mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi sejak ia diletakkan di bawah pentadbira­n kerajaan Pusat yang turut dinikmati penduduk Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan juga telah membina kemudahan untuk manfaat rakyat seperti Pusat Transforma­si Bandar, Hospital Nukleus, Klinik 1Malaysia, Lapangan Terbang Labuan, Terminal Feri Antarabang­sa, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) dan Kolej Matrikulas­i Labuan serta Institut Latihan Perindustr­ian Labuan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan Perbadanan Labuan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk menceriaka­n Hari Wilayah Persekutua­n 2017 sekaligus berkongsi kos penganjura­n program sebagai salah satu langkah penjimatan seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Dalam ucapannya pula, Rozman mengucapka­n terima kasih kepada Tengku Adnan yang sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan warga Labuan termasuk meminta pemilik tanah atau pemilik premis bangunan untuk mengurangk­an kadar sewa yang agak tinggi ketika ini.

Katanya menerusi penguranga­n kadar sewa itu, peniaga juga akan mengurangk­an harga barangan seperti makanan bagi membolehka­n rakyat membelinya pada kadar harga yang berpatutan.

“Pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanak­an kerajaan menerusi Perbadanan Labuan seperti diskaun tambang feri untuk penumpang,” katanya.

Rozman mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang turut menjayakan sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2017.

Majlis itu dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n nyanyian artis tanah air, tarian dan pertunjuka­n bunga api.

 ??  ?? GURU Besar SK Bukit Kalam menerima hadiah johan daripada Tengku Adnan sambil MOHD Rafi (kanan) dan Rozman mengiringi Tengku Adnan melawat gerai masakan diperhatik­an Rozman (kiri) dan Adnan (kanan). penduduk kampung.
GURU Besar SK Bukit Kalam menerima hadiah johan daripada Tengku Adnan sambil MOHD Rafi (kanan) dan Rozman mengiringi Tengku Adnan melawat gerai masakan diperhatik­an Rozman (kiri) dan Adnan (kanan). penduduk kampung.
 ??  ?? KETUA-ketua kampung segak berpakaian hijau menghadiri Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2017.
KETUA-ketua kampung segak berpakaian hijau menghadiri Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2017.
 ??  ?? PENDUDUK kampung bergotong-royong memasak sempena program kenduri Hari Wilayah Persekutua­n 2017.
PENDUDUK kampung bergotong-royong memasak sempena program kenduri Hari Wilayah Persekutua­n 2017.
 ??  ??
 ??  ?? TENGKU Adnan memasak masakan daging di gerai penduduk sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2017.
TENGKU Adnan memasak masakan daging di gerai penduduk sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2017.
 ??  ?? JUARA pertanding­an memancing menerima hadiah daripada Tengku Adnan (dua kiri) sambil diperhatik­an Rozman (kiri).
JUARA pertanding­an memancing menerima hadiah daripada Tengku Adnan (dua kiri) sambil diperhatik­an Rozman (kiri).
 ??  ?? PENYANYI tempatan Ekin turut menghiburk­an penonton di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.
PENYANYI tempatan Ekin turut menghiburk­an penonton di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia