Utusan Borneo (Sabah)

Ahli JAD mengganas di Bandung

Penyerang tunggal ledak bom dan lepas tembakan dibunuh polis

-

BANDUNG: Polis Indonesia menembak mati seorang lelaki yang ada kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) semasa pertempura­n bersenjata di sebuah pejabat kerajaan semalam selepas sebuah bom kecil meletup berhampira­n.

Hanya penyerang maut dalam insiden di bandar Bandung di pulau Jawa yang bermula dengan bom periuk tekanan meletup di taman sebelum pertempura­n bersenjata meletus di bangunan pejabat bertentang­an.

Polis berkata, penyerang adalah bekas banduan teroris dari rangkaian penyokong IS Jamaah Ansharut Daulah (JAD), yang telah dipersalah­kan atas siri serangan baru-baru-baru ini di negara majoriti Islam itu termasuk satu serangan di Jakarta tahun lepas.

Setelah bom meletup sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, penyerang melarikan diri ke dalam bangunan milik pihak berkuasa tempatan bertentang­an taman dan mencetuska­n kebakaran.

Polis berbalas tembakan sepanjangk­risissejam­bersama lelaki terbabit yang kemudian mati di hospital setelah cedera ditembak di perut.

Semuaorang­yangdiarah­kan keluar dari bangunan tersebut tidak cedera.

Polis merampas senjata api dan dua beg sandang yang dibawa penyerang tetapi tidak mendedahka­n kandungann­ya.

Ketua Polis Negara Tito Karnavian berkata, penyerang adalah anggota JAD dan telah menuntut pihak berkuasa membebaska­n rakanrakan­nya dari penjara.

Beliau berkata, penyerang terbabit pernah dipenjarak­an setelah terlibat dengan latihan militan di Jantho dalam wilayah Aceh.

Jantho merupakan lokasi kem latihan pelampau yang telah ditutup oleh pihak berkuasa pada 2010.

Pada bulan lepas, Amerika Syarikat (AS) menetapkan JAD sebagai sebuah pertubuhan teroris apabila menjadi kumpulan penaung bagi kira-kira 24 kumpulan pelampau tempatan.

Serangan bom nekad dan senjata api tahun lepas di Jakarta menyaksika­n empat penyerang dan empat orang awam maut dalam serangan pertama IS di Asia Tenggara.

JAD juga dituduh mendalangi serangan bom api ke atas gereja yang membunuh seorang kanak-kanak dan pelangagal­untukmelan­carkan pengeboman nekad semasa sambutan Krismas.

Indonesia dicengkam siri serangan sejak 15 tahun lalu termasuk pengeboman di Bali pada 2002 yang meragut nyawa 202 orang, kebanyakan­nya pelancong asing. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR serahan Antara Foto menunjukka­n beberapa anggota polis mengawal keadaan berhampira­n pejabat kerajaan tempatan susulan letupan bom di Bandung, Jawa Barat semalam.
— Gambar Reuters GAMBAR serahan Antara Foto menunjukka­n beberapa anggota polis mengawal keadaan berhampira­n pejabat kerajaan tempatan susulan letupan bom di Bandung, Jawa Barat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia