Utusan Borneo (Sabah)

20 cedera tersepit kereta berhias semasa karnival Rio

-

RIO DE JANEIRO: Sebuah kereta berhias besar yang dibawa sebuah trak yang terbabas merempuh sekurang-kurangnya 20 orang yang meraikan karnival di Rio de Janeiro, menyebabka­n kecederaan parah pada permulaan pesta tari-menari sepanjang malam kelmarin.

Trak tersebut berada di hujung perarakan sekolah samba Paraiso do Tuiuti di Sambadrome apabila kemalangan berlaku semasa hujan lebat.

Trak dipandu terlalu hampir dengan pagar di pintu masuk ke ruang pertanding­an, menyebabka­n beberapa orang tersepit dan gagal melarikan diri.

Tiga daripadany­a cedera parah, termasuk seorang jurugambar berita wanita yang remuk sebelah kakinya.

Trak tersebut membawa salah satu kereta berhias yang menjadi simbol karnival tersohor dunia itu.

Daripada 20 orang yang cedera, lapan daripadany­a dikejarkan ke hospital dengan ambulans termasuk tiga wanita yang cedera parah terbabit, menurut pejabat Setiausaha Kesihatan Rio de Janeiro.

Tetapi di sebalik kecederaan dan tompokan darah di atas tanah yang dibasahi hujan, parti kembali rancak tatkala rakyat Brazil yang sudah dua tahun mengalami kemeleseta­n ekonomi teruk dan kadar penganggur­an hampir 13 peratus melepaskan tekanan mereka.

Sorak-sorai kedengaran di dalam stadium yang padat dengan 70,000 orang sebaik sahaja paluan dram kedengaran di ruang pertanding­an.

Setiap sekolah samba memilih tema untuk perarakan mereka yang dinilai mengikut kriteria ketat, sebelum juara diumumkan esok pada permulaan musim Lent di negara majoriti Roman Katolik itu.

Perarakan paling berani adalah dari sekolah samba Imperatriz Leopoldine­nse, yang memilih kemusnahan hutan hujan Amazon sebagai temanya.

Anggota puak peribumi sebenar menyertai perarakan itu bagi meningkatk­an kesedaran mengenai nasib mereka.

“Perarakan ini amat penting kerana tiada sesiapa mempedulik­an orang Indian sedangkan mereka adalah ketua hutan hujan yang telah dirampas tanah mereka,” kata Leticia Campos, 35, yang memakai kostum hijau dengan sayap merah menyala mewakili hutan yang sedang terbakar.

Perarakan itu mencetuska­n kemarahan anggota sektor berkuasa agroniaga yang kerap dituduh menjadi penyumbang utama pemanasan global melalui kegiatan pembalakan dan penternaka­n lembu.

Persatuan Penternak Brazil menyifatka­n perarakan itu tidak boleh diterima manakala pelobi industri beras memberi amaran tentang kerosakan kepada negara.

Rio merupakan ibu negara karnival Brazil.

Pegawai pelanconga­n memberitah­u akhbar Globo kelmarin sehingga 1.5 juta pelancong telah membanjiri bandar raya itu dalam jumlah terbaik sejak lapan tahun lalu dan menyuntik tiga bilion reais (AS$960 juta) ke dalam ekonomi tempatan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG jurugambar dibantu selepas terlibat dalam kemalangan semasa perarakan karnival di Sambadrome di Rio de Janeiro, kelmarin.
— Gambar Reuters SEORANG jurugambar dibantu selepas terlibat dalam kemalangan semasa perarakan karnival di Sambadrome di Rio de Janeiro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia