Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan juara keseluruha­n ping-pong

-

LABUAN: SMK Labuan muncul johan keseluruha­n Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) buat kali keempat berturut-turut.

Pada kejohanan yang berlangsun­g di Dewan SJK (C) Chi Wen, Sabtu lalu menyaksika­n SMK Labuan meraih 3 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa.

Tiga pingat emas itu diperoleh menerusi pemain perseorang­an perempuan, Coco Lee, beregu perempuan, Coco Lee dan Alicia Teo serta beregu lelaki, Delwyn Nathaniel dan Billy Goh.

Alvin Sim mendapat pingat perak menerusi acara perseorang­an lelaki manakala dua pingat gangsa diperoleh menerusi pemain perseorang­an perempuan dan lelaki, Alicia Teo dan Billy Goh.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua pemain atas kejayaan cemerlang skuad SMK Labuan yang berjaya mengekalka­n kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.

Katanya, kejayaan tersebut adalah hasil kerja keras pemain yang dibimbing dua jurulatih, Afandi Yahya dan Ustaz Mohd Sharafuddi­n Iliah.

Ucapan terima kasih juga Ismail tujukan kepada pengurus pasukan, Hasriah Sidik yang berjaya mengendali­kan pasukan ping pong tersebut pada tahun ini.

“Sudah tentu kejayaan itu akan menyemarak­kan lagi semangat bukan sahaja pemain ping pong tetapi juga kepada semua pelajar yang bakal menyarung jersi SMK Labuan di bidang kokurikulu­m dan akademik pada tahun ini,”katanya.

Sebanyak 12 sekolah menengah menyertai kejohanan tersebut pada tahun ini.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengetua SM St Anne, Chan Kwi Fong dan Guru Besar SJKC Chi Wen, Julius Voon selaku penganjur Kejohanan Ping Pong MSSWPL 2017.

Tahniah dan syabas kepada semua pemain atas kejayaan cemerlang skuad SMK Labuan yang berjaya mengekalka­n kejuaraan buat kali keempat berturuttu­rut. Kejayaan tersebut adalah hasil kerja keras pemain yang dibimbing dua jurulatih, Afandi Yahya dan Ustaz Mohd Sharafuddi­n Iliah. ISMAIL ABDULLAH Pengetua SMK Labuan

 ??  ??
 ??  ?? PENOLONG Kanan Kokurikulu­m, Cheah Teong Aik (4 kanan) bersama jurulatih dan pemain SMK Labuan yang muncul juara keseluruha­n Kejohanan Ping Pong MSSWPL 2017.
PENOLONG Kanan Kokurikulu­m, Cheah Teong Aik (4 kanan) bersama jurulatih dan pemain SMK Labuan yang muncul juara keseluruha­n Kejohanan Ping Pong MSSWPL 2017.
 ??  ?? PEMAIN perseorang­an perempuan SMK Labuan, Coco Lee juara bagi kategori perempuan menerima trofi daripada Pengetua SM St Anne, Chan Kwi Fong (kiri).
PEMAIN perseorang­an perempuan SMK Labuan, Coco Lee juara bagi kategori perempuan menerima trofi daripada Pengetua SM St Anne, Chan Kwi Fong (kiri).
 ??  ?? GURU Besar SJKC Chi Wen, Julius Voon (kanan) bersama beregu lelaki SMK Labuan, Delwyn Nathaniel dan Billy Goh yang meraih pingat emas kategori tersebut.
GURU Besar SJKC Chi Wen, Julius Voon (kanan) bersama beregu lelaki SMK Labuan, Delwyn Nathaniel dan Billy Goh yang meraih pingat emas kategori tersebut.
 ??  ?? JUARA kategori beregu perempuan dimenangi Coco Lee dan Alicia Teo bersama Julius Voon (kanan).
JUARA kategori beregu perempuan dimenangi Coco Lee dan Alicia Teo bersama Julius Voon (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia