Utusan Borneo (Sabah)

KERETA API LANGGAR VAN

Tiga maut, empat lagi termasuk bayi cedera

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BEAUFORT: Tiga individu disahkan meninggal dunia, manakala empat termasuk seorang bayi mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitka­n kereta api melanggar sebuah van di Kampung Memanjang, di sini, kira-kira jam 2.40 petang kelmarin.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Majinon Matinjung, 78; Noor Lela Roslan, 42; dan seorang pelajar Lestary Majinon, 17. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Klias Baru, Beaufort.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Runzee Abd Thani berkata kejadian berlaku semasa kereta api terbabit dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru menuju ke Stesen Beaufort.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, van jenis Toyota Liteace yang membawa tujuh penumpang melintasi landasan sebelum dilanggar kereta api jenis satu gerabak.

“Impak kemalangan menyebabka­n tiga mangsa disahkan maut manakala empat yang lain termasuk bayi berumur setahun lebih mengalami pelbagai kecederaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.57 petang dan menggerakk­an 10 anggota BBP ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggotanya segera menghantar seorang mangsa remaja wanita ke Hospital Beaufort untuk mendapatka­n rawatan lanjut menggunaka­n kenderaan EMRS manakala dua lagi mangsa cedera dihantar ke hospital dengan bantuan orang awam.

“Beberapa anggota lain terpaksa menjalanka­n operasi penyelamat­an dengan memotong bahagian kenderaan bagi mengeluark­an seorang mangsa wanita dari bahagian bawah kenderaan.

“Kita juga terpaksa memotong tali pinggang keselamata­n agar dapat mengeluark­an pemandu berumur 50 tahun yang tersepit di bahagian pemandu serta mengangkat seorang mangsa wanita yang tercampak keluar dari van semasa kejadian,” katanya, sambil menambah ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Beliau berkata tiga mangsa disahkan maut manakala empat lagi penumpang van yang cedera termasuk seorang bayi berumur kira-kira setahun kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Beaufort.

Tambahnya anggota bomba kemudianny­a menjalanka­n kerja pembersiha­n di lokasi kejadian terutamany­a di atas landasan bagi mengelakka­n sebarang masalah lain berlaku.

Menurutnya operasi keseluruha­n tamat pada jam 4.10 petang kelmarin.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan kerja penyelamat­an mangsa di lokasi kejadian.
ANGGOTA bomba melakukan kerja penyelamat­an mangsa di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia