Utusan Borneo (Sabah)

Tiga kumpulan penjenayah tumpas, selesai 10 kes

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis Sandakan menumpaska­n tiga kumpulan penjenayah samun dan curi kenderaan di daerah ini sepanjang Februari lepas.

Dengan tertangkap­nya tiga kumpulan penjenayah terbabit, polis juga merampas pelbagai barang samun dan motosikal serta komponen motosikal, sekaligus polis Daerah Sandakan dapat menyelesai­kan 10 kes.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya telah menahan tujuh lelaki berumur 21 hingga 32 tahun dan kesemua suspek adalah warga tempatan yang ditangkap berasingan di sekitar daerah ini sepanjang Februari 2017.

“Pada Februari 2017, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sandakan telah menjalanka­n beberapa operasi berkaitan jenayah samun, pecah rumah, curi kenderaan dan curi motosikal,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bandar Sandakan, pagi kelmarin.

Beliau berkata hasil operasi terperinci dijalankan telah menahan tujuh suspek dan merampas 15 jenis barangan, tiga motosikal dan pelbagai komponen motosikal.

Katanya kumpulan penjenayah pertama membabitka­n dua suspek berumur 31 dan 32 tahun yang telah ditahan polis kerana terlibat dalam kes samun dan pecah rumah.

Azhar berkata suspek pertama mempunyai tiga rekod kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek kedua juga mempunyai satu rekod kesalahan akta yang sama.

“Pihak polis telah merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah powerbank, pisau pemotong kertas, sebuah laptop, lima utas jam tangan pelbagai jenama, sebuah beg tangan dan dompet kecil,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek terbabit melakukan jenayah di Taman Yeng Seng dan Taman Sentosa.

Katanya kedua-dua suspek melakukan samun bersenjata termasuk bertindak mengikat mangsasema­salakukanj­enayah dan mereka juga melakukan jenayah pecah rumah.

Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) dan seksyen 457 KK.

Dalam pada itu, Azhar berkata kumpulan penjenayah kedua yang ditahan adalah tiga lelaki berumur 21 hingga 26 tahun terlibat dengan kes curi motosikal dan salah seorang yang ditahan mempunyai rekod jenayah lama mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Pihaknya telah merampas dua motosikal jenis Honda EX5, tujuh unit pelbagai komponen motosikal, satu unit penebuk besi, satu rangka motosikal dan sebuah motosikal Yamaha LC.

Beliau berkata suspek melakukan jenayah di sekitar Sri Taman, Bandar Kim Fung dan Kampung Muhibbah Batu 12.

“Ketiga-tiga suspek ditahan mengikut Seksyen 379A KK,” katanya.

Katanya kumpulan penjenayah ketiga yang terlibat kes curi kenderaan, pecah rumah dan pecah kenderaan di mana pihaknya menahan dua lelaki berumur 22 dan 27 tahun.

Kedua-dua suspek yang ditahan telah didapati positif dadah jenis syabu dan salah seorang dari mereka mempunyai tiga rekod lampau mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

 ??  ?? AZHAR menunjukka­n jam tangan yang dirampas.
AZHAR menunjukka­n jam tangan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia