Utusan Borneo (Sabah)

Penceramah luar perlu kebenaran: Ariffin

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kerajaan Negeri mengingatk­an supaya setiap penceramah atau pertubuhan (NGO) Islam yang hendak menjalanka­n kegiatan dakwah di Sabah supaya mendapatka­n pentauliah­an dari Pejabat Mufti Negeri Sabah terlebih dahulu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal-Ehwal Agama Islam di Sabah) Datuk Ariffin Arif berkata kaedah yang digunapaka­i ini adalah berbeza dengan tempat lain.

“Kita mengalu-alukan kehadiran NG O atau penceramah dari luar Sabah, namun mesti mendapat keizinan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) terlebih dahulu.

“Kita tidak mahu dakwah yang datang ke Sabah kita terima sewenang-wenangnya tetapi akhirnya melahirkan rakyat yang kasar, ganas dan suka melontarka­n perkataan yang tidak sesuai dengan nilai kita,” katanya di sini, kelmarin.

Ariffin berkata ketika ini usaha untuk menggubal garis panduan terperinci dengan huraian yang sesuai dan jelas sedang diusahakan oleh mufti negeri dan beberapa pihak yang lain.

Menurutnya usaha itu termasukla­h dalam proses penggubala­n ‘Manhaj’ atau ‘Fiqh

Sabahi’ atau perincian kaedah berhubung dengan cara-cara berdakwah di Sabah.

Beliau berkata cara tadbir dan situasi di negeri ini adalah berbeza dan tidak boleh mengesampi­ngkan perbezaan budaya, adat dan nilai kemasyarak­atan dengan agama lain.

“Pendakwah yang datang ke Sabah hendaklah melihat perkara ini untuk membolehka­n mereka lebih mudah memahami senario atau situasi sebenar di Sabah,” katanya.

Menyentuh mengenai penglibata­n institusi Islam di negeri ini di dalam aktiviti keganasan, Ariffin berkata perkara sedemikian tidak timbul kerana kurikulum sekolah agama menekankan nilai wasatiah (kesederhan­aan).

Beliau berkata ajaran di sekolah-sekolah agama bukannya mengajar untuk melihat Islam secara melampau kerana itu bukanlah ajaran sebenar di dalam agama Islam.

“Malah, dari masa ke semasa juga Jheains sentiasa memberi perhatian dan memantau guruguru yang dilantik.

“Dari masa ke semasa, kita sentiasa menjalin kerjasama erat dengan polis dan agensi lain dan setakat ini belum ada maklumat diterima berhubung dakwaan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia