Utusan Borneo (Sabah)

Oscar tarik 32.9 juta penontondi AS, ‘Moonlight’ filem terbaik

Majlis diserikan ‘drama’ selepas ‘La La Land’ tersilap diumum sebegai filem terbaik

-

K EMUNCAK majlis Anugerah Oscar yang disiarkan secara langsung menerusi saluran ABC di Amerika Syarikat pada Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia) dan dihoskan oleh pelawak Jimmy Kimmel menarik jumlah penonton paling kecil sejak 2008 walaupun penamatnya mungkin tidak dapat dilupakan dalam masa terdekat dan akan kekal dalam sejarah.

Hanya 32.9 juta penonton AS menonton majlis itu, kurang empat peratus dari majlis Oscar tahun 2016 yang menarik 34.4 juta orang penonton, berdasarka­n data Nielsen yang dikeluarka­n pada Isnin oleh ABC, satu unit Walt Disney Co. Majlis anugerah Oscar pada tahun 2008 mencatat purata 32 juta orang penonton.

Majlis anugerah berkenaan terus berlangsun­g beberapa minit melepasi lewat tengah malam di Pantai Timur dan tamat dalam kontrovers­i apabila ‘La La Land’ tersilap diumumkan sebagai pemenang filem terbaik selepas penyampai Warren Beatty dan Faye Dunaway telah diberikan sampul surat salah.

Pemenang sebenar, diumumkan beberapa minit kemudian, ialah ‘Moonlight’.

Finale kelam kabut dan mengejutka­n itu memang bagus untuk sebuah pertunjukk­an yang besar, tetapi datang terlalu lambat untuk membantu pengkadara­n.

Jumlah penonton mungkin telah berkuranga­n kerana ‘La La Land’ menjelang kemuncak anugerah telah menjadi satu kegemaran ramai untuk menyapu bersih anugerah dan ini seakan tiada kejutan lagi untuk penonton TV, kata Jeff Bock, ketua penganalis­is box office di Exhibitor Relations Co.

“Terdapat kesimpulan yang sudah pasti yang ‘La La Land’ akan menyapu bersih anugerah, dan tidak begitu banyak intrig untuk mengetahui apa yang akan berlaku,” kata Bock. “Nyata, ia adalah satu daripada penamat yang paling menarik dalam sejarah Hollywood.”

Dia juga menyatakan bahawa hanya dua daripada 20 buah filem terlaris tahun lepas telah dicadangka­n untuk filem terbaik. Filem terbesar 2016, seperti ‘Rogue One: A Star Wars Story’ dan Marvel ‘Doctor Strange’, diketepika­n daripada kategori teratas.

‘Moonlight’ memperoleh­i hanya AS$22.3 juta kutipan pecah panggung domestik, menjadikan­nya pemenang filem terbaik yang mendapat kutipan paling kecil selepas ‘The Hurt Locker’ menang pada 2010, dan kedua terendah sejak sekurangku­rangnya 1978, menurut Box Office Mojo.

Penurunan dalam jumlah penonton untuk Oscar mematahkan jalur penilaian yang lebih tinggi untuk pertunjuka­n anugerah pada 2017 selepas kedua-dua acara anugerah Grammy dan Golden Globes menunjukka­n peningkata­n berbanding tahun lepas.

Walaupun penurunan dalam jumlah penonton, Oscar masih lagi dijangka akan menjadi acara bukan sukan paling banyak ditonton di televisyen AS tahun ini. ABC mempunyai hak untuk menyiarkan anugerah Oscar sehingga 2028.

Pertunjuka­n dan Kimmel menerima ulasan umumnya positif daripada pengkritik­pengkritik T V.

“Anugerah Akademi pada malam Ahad rasa seperti ia adalah satu penghormat­an tidak teratur yang meriah untuk bagaimana sinema boleh menjadi ketara dan bagus, pada tahap yang terbaik dan paling berazam,” tulis pengkritik Variety TV Sonia Saraiya.

Kimmel “secara konsisten menghiburk­an, kehadiran baik hati yang biasanya tepat pada sasaran, dan yang mampu pulih cepat padahal dia tidak,” tulis Robert Bianco dari USA Today.

Tetapi kesilapan berkaitan dengan filem terbaik ialah detik yang paling diperkatak­an mengenai pertunjuka­n berkenaan.

“Sekali lagi, di Anugerah Akademi, satu malam yang panjang menghasilk­an satu kejutan yang mengejutka­n dan televisyen tidak dapat dilupakan,” tulis James Poniewozik daripada New York Times.

Kekeliruan “membuat ia betul-betul berbaloi duduk sehingga ke penghujung satu pertunjuka­n anugerah yang sangat lama,” katanya.

Selain menewaskan ‘La La Land’, ‘Moonlight’ turut menewaskan tujuh filem lain dalam kategori filem terbaik iaitu ‘Arrival’, ‘Fences’, ‘Hacksaw Ridge’, ‘Hell or High Water’, ‘Hidden Figures’, ‘Lion’ dan ‘Manchester By The Sea’.

Filem berbajet kecil itu turut memenangi dua lagi kategori utama iaitu Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Mahershala Ali.

Walaupun gelaran Filem Terbaik bukan menjadi milik mereka, ‘La La Land’ masih lagi boleh tersenyum bangga apabila pulang dengan enam trofi termasuk Pengarah Terbaik (Damien Chazelle) dan Pelakon Wanita Terbaik (Emma Stone).

Bagi kategori Pengarah Terbaik, Chazelle yang merupakan calon utama sejak musim anugerah di Hollywood bermula telah mencipta rekod baharu Oscar apabila menjadi pengarah paling muda memenangi kategori itu pada usia 32 tahun dan 38 hari.

Selain Pengarah dan Pelakon Wanita Terbaik, filem muzikal kontempora­ri itu turut cemerlang dalam empat kategori lain iaitu Sinematogr­afi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik (‘City of Stars’).

Anugerah Oscar ke-89 turut dimeriahka­n dengan persembaha­n oleh Justin Timberlake, John Legend, Lin-Manuel Miranda, Sara Baraeilles dan penghibur legenda, Sting.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PELAKON TERBAIK: (Dari kiri) Mahershala Ali, Emma Stone, Viola Davisor dan Casey Affleck bergambar dengan Oscar masing-masing.
— Gambar AFP PELAKON TERBAIK: (Dari kiri) Mahershala Ali, Emma Stone, Viola Davisor dan Casey Affleck bergambar dengan Oscar masing-masing.
 ?? — Gambar Reuters ?? KETAWA: Jimmy Kimmel dan Warren Beatty (kanan) sempat ketawa bersama selepas membetulka­n pemenang Oscar untuk Filem Terbaik dari ‘La La Land’ kepada ‘Moonlight’.
— Gambar Reuters KETAWA: Jimmy Kimmel dan Warren Beatty (kanan) sempat ketawa bersama selepas membetulka­n pemenang Oscar untuk Filem Terbaik dari ‘La La Land’ kepada ‘Moonlight’.
 ??  ?? PENGARAH MOONLIGHT - BARRY JENKINS
PENGARAH MOONLIGHT - BARRY JENKINS
 ?? Gambar Reuters ?? DIKAWAL RAPI: Kelihatan beg yang mengandung­i keputusan Oscar dibawa masuk oleh kakitangan dari Price Waterhouse Coopers semasa tiba untuk Anugerah Akademi pada Ahad lepas. —
Gambar Reuters DIKAWAL RAPI: Kelihatan beg yang mengandung­i keputusan Oscar dibawa masuk oleh kakitangan dari Price Waterhouse Coopers semasa tiba untuk Anugerah Akademi pada Ahad lepas. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia