Utusan Borneo (Sabah)

The Foxes keluar dari zon penyingkir­an

Vardy ledak dua gol bantu Leicester benam Liverpool 3-1 pada aksi liga di laman sendiri

-

LEICESTER: Jamie Vardy menjaringk­an dua gol ketika Leicester City yang mendapat tenaga baharu memulakan kehidupan tanpa pengurus yang dipecat, Claudio Ranieri, dengan membenam Liverpool 3-1 kelmarin untuk mencetuska­n harapan bagi kelangsung­an hidup dalam Liga Perdana Inggeris.

Ranieri, 65 tahun, dipecat Khamis lepas, sembilan bulan selepas Leicester memenangi kejuaraan yang ajaib, dan penyokong memberi penghormat­an kepadanya dengan sepanduk, topeng dan pertunjuka­n cahaya telefon pintar pada minit ke-65.

Bekas pemainnya kelihatan berbeza sekali daripada beberapa minggu yang lalu, dan Danny Drinkwater turut menemui sasaran apabila mereka menamatkan siri lima kekalahan berturut-turut untuk keluar dari zon penyingkir­an dan naik ke tempat ke-15.

“Saya hanya meminta pasukan mengingati matlamat mereka dan mengingati identiti mereka,” kata pengurus sementara Leicester, Craig Shakespear­e.

Vardy dan Drinkwater berkata persembaha­n Leicester merupakan reaksi kepada laporan media yang menyalahka­n para pemain dengan pemecatan Ranieri. Gol pembukaan Vardy pada separuh masa pertama merupakan gol liga pertama Leicester dalam tujuh perlawanan dan menjadikan mereka pasukan terakhir dari lima kejuaran penting di Eropah yang menemui jaring pada 2017.

Sementara persembaha­n itu akan memberi harapan kepada penyokong Leicester bagi kebangkita­n hujung musim di bawah Shakespear­e, ia meninggalk­an soalan-soalan tidak dijawab mengenai sebab keadaan menjadi be- gitu buruk sekali di bawah Ranieri. Ditanya sama ada dia mahukan jawatan itu sepenuh masa, Shakespear­e berkata: “Tugas saya adalah untuk menyediaka­n mereka bagi Liverpool dan saya sudah melakukann­ya. Marilah lihat apa yang akan berlaku.” Liverpool dapat menduduki tempat ketiga buat sementara waktu jika mereka menang, tetapi sebaliknya mereka kekal di tempat kelima, 14 mata di bawah pendahulu Chelsea dan satu mata di belakang Arsenal di tempat keempat selepas bermain lebih satu perlawanan.

Pasukan Jurgen Klopp, yang membalas menerusi Philippe Coutinho, menang hanya satu sahaja daripada tujuh perlawanan liga terakhir mereka dan kelihatan seperti bayang-bayang pasukan yang disangka akan memberi cabaran dalam perebutan kejuaraan hanya beberapa minggu yang lalu.

“Kami membiarkan mereka menjadi Leicester dari tahun lepas – itu adalah kesalahan kami,” kata Klopp.

“Kami seharusnya dikritik. Prestasi tidak konsisten ini sama sekali tidak masuk akal.”

Tanda pertama bahawa para pemain Leicester mungkin akan kembali kepada formula lama dapat dilihat dalam senarai pasukan, di mana Shinji Okazaki menggantik­an Ahmed Musa dari kekalahan 2-1 pada minggu lepas kepada Sevilla di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara.

Kecuali bagi kehadiran Wilfred Ndidi dan ketiadaan N’Golo Kante yang sudah meninggalk­an kelab, ia merupakan pasukan yang memenangi kejuaraan dan permainan Leicester menampakka­n tenaga dan keagresifa­n dari sepak mula lagi.

Vardy menentukan rentak selepas beberapa saat, dengan mencabar Sadio Mane dengan asakan yang mungkin sepatutnya dikenakan amaran, dan dalam masa yang singkat, gawang pasukan pelawat diserang bertubi-tubi.

Simon Mignolet diuji tiga kali dalam tempoh 18 minit pertama, oleh tandukan dari Robert Huth, menolak tandukan Okazaki k belakang, dan menepis cubaan Vardy, manakala Huth menanduk bola tinggi.

Jaringan dibuat pada minit ke-28 dan ia diambil dari buku lagu Leicester bagi 2015-16.

Hantaran ‘slide-rule’ Marc Albrighton me- lepaskan Vardy untuk berlari ke belakang Joel Matip dan mengemudi rembatan melepasi Mignolet bagi gol pertamanya dalam lapan perlawanan liga.

Stadium King Power meletus dan penyokong tuan rumah berdiri sekali lagi pada minit ke-39 apabila Drinkwater turut terlibat dalam aksi.

Bola hantaran lintang Albrighton dari sebelah kiri ditanduk keluar oleh James Milner dan jatuh di kaki Drinkwater, yang merembat bola dari jarak 25 ela ke sudut bawah kanan jaring.

Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel, menunjukka­n kewaspadaa­n untuk mematahkan cubaan Coutinho dan Emre Can sebelum dan selepas jaringan Drinkwater dan Coutinho mengujinya sekali lagi pada awal babak kedua.

Vardy meletakkan pasukan tuan rumah 3-0 di hadapan pada minit ke-60, dengan melompat di atas Can untuk melakukan tandukan cantik melepasi Mignoletda­ribola hantaran lintang Christian Fuchs.

Lagu pujian kepada Ranieri yang popular dari pen-yokong tuan rumah baharu sahaja pudar apabila Coutinho menjaringk­an gol pada minit ke-69, dengan melorongka­n bola dari hantaran Can untuk menafikan senarai bersih pertama bagi Leicester dalam 11 perlawanan.

Walaupun menerima tekanan lewat, mereka berjaya menangkis asakan anak buah Klopp, di mana Schmeichel berjaya menafikan pemain gantian Divock Origi dan hampir melepaskan bola dari rembatan Coutinho yang tersasar sedikit dari tiang kanannya. — AFP

Saya hanya meminta pasukan mengingati matlamat mereka dan mengingati identiti mereka. Craig Shakespear­e Pengurus sementara Leicester City

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SHAKESPEAR­E (kanan) berjabat tengan dengan Marc Albrighton ketika dikeluarka­n pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Stadium King Power, Leicester pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters SHAKESPEAR­E (kanan) berjabat tengan dengan Marc Albrighton ketika dikeluarka­n pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Stadium King Power, Leicester pada Isnin lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? VARDY meraikan jaringanny­a ketika membantu Leicester menewaskan Liverpool di laman sendiri Isnin lepas.
— Gambar Reuters VARDY meraikan jaringanny­a ketika membantu Leicester menewaskan Liverpool di laman sendiri Isnin lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia