Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 200 saksi akan dipanggil perbicaraa­n tiga individu termasuk bekas pengarah Jabatan Air

-

KOTA KINABALU: Kirakira 200 saksi dijangkaka­n akan dipanggil oleh pihak pendakwaan, untuk memberikan keterangan terhadap tiga individu, termasuk bekas pengarah Jabatan Air dan isterinya, yang didakwa atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan pada 4 hingga 7 Julai, 25 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos dan 22 hingga 25 Ogos tahun ini sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, Fauziah Piut, 52, dan Lim Lam Beng@Lim Chee Hong, 63,

Kelmarin adalah untuk pra-pengurusan kes terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Timbalan Pendakwara­ya Husmaruddi­n Hussin memberitah­u mahkamah, dokumen berkaitan sudah diserahkan kepada tertuduh, dan perkara berkenaan disahkan oleh peguam yang mewakili setiap tertuduh.

Sementara itu, peguam P. J Perira mewakili Ag Mohd Tahir dan Fauziah, memohon satu tarikh pra-pengurusan kes yang baharu, untuk membolehka­n pihaknya meneliti semua dokumen terbabit.

Pada 29 Disember tahun lalu, Ag Mohd Tahir bersama isterinya dan Lim bekas penasihat Kementeria­n Kewangan Sabah dan jurutera teknikal, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan, disamping memiliki barang mewah hasil daripada aktiviti haram.

Ag Tahir didakwa atas 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan WangHaramd­an-Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, kerana memiliki harta berjumlah RM56.9 juta dalam bentuk wang dan simpanan, sebanyak 86 jam tangan dan beberapa kereta mewah. Semua kesalahan itu dilakukan di pejabat bekas pengarah Jabatan Air, Graceville di Sembulan, OCBC Bank dan UOB Bank, Kingfisher Sulaman, di sini pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa megnikut Seksyen 4 (1) (a) akta sama, atas pertuduhan terlibat dalam transaksi haram melibatkan RM14,000 yang diserahkan kepada Cristine Fiona M Ponsoi, di Puncak Luyang Condo, pada 4 Oktober tahun lalu.

Manakala, Fauziah menghadapi 19 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, kerana memiliki wang tunai sebanyak RM2.2 juta dan juga simpanan.

Kesalahan itu dilakukan di Townhouse Graceville Sembulan, Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat, dan Menara PNB di Kuala Lumpur, pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Mereka juga didakwa bersama atas dua pertuduhan memiliki barangan kemas, barangan perhiasan mewah, pada 4 Oktober tahun lalu di Graceville Sembulan, yang mana didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementarai­tu,Limdidakwa atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, yang didapati dilakukan pada 13 Oktober hingga 8 November tahun lalu, di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan UMS dan di sebuah rumah Jalan Penempatan, di sini.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan pada 4 Mei tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Husmaruddi­nturutdiba­ntu oleh Timbalan Pendakwara­ya Farez Rahman, sementara itu P.J dibantu peguam Hairul Vaiyron Othman.

Lim diwakili peguam Baldev Singh dan Karpaljit Singh, yang dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1 juta.

Fauziah kini dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1jutadep­ositRM500,000. Manakala Ag Mohd Tahir terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

 ??  ?? AG Mohd Tahir menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah.
AG Mohd Tahir menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia