Utusan Borneo (Sabah)

STPM 2016: Sabah catat peningkata­n lulus penuh

Sabah catat peningkata­n lulus penuh

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sabah catat peningkata­n peratus lulus sebanyak 0.85 peratus untuk peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2016.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata seramai 6,244 calon iaitu 98.16 peratus berjaya mendapat lulus penuh berbanding 97.31 peratus tahun sebelumnya.

Menurutnya tahun lepas seramai 6,361 calon dari sekolah kerajaan dan bantuan penuh kerajaan di negeri ini menduduki STPM.

“Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK) turut mencatatka­n peningkata­n sebanyak 0.07 iaitu 2.58 berbanding 2.51 pada 2015.

“Jurang perbezaan GPNK antara Sabah dan negara semakin mengecil iaitu sebanyak 0.13 berbanding 0.14 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n STPM 2016 Peringkat Negeri Sabah di sini kelmarin.

Maimunah diwakili oleh Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Bad Hamid.

Tahun lepas jelasnya sebanyak 21 mata pelajaran STPM diduduki oleh caloncalon di negeri ini dan 15 daripadany­a mencatatka­n peningkata­n.

Selain itu katanya satu mata pelajaran mengekalka­n peratus dan lima lagi menunjukka­n penurunan berbanding 13 subjek tahun sebelumnya.

“Ini bermakna Sabah berjaya menambahka­n bilangan mata pelajaran yang menunjukka­n peningkata­n pada 2016 dan mengurangk­an subjek yang menunjukka­n penurunan pada 2015.

“Mata pelajaran Kesusaster­aan Inggeris menunjukka­n peningkata­n tertinggi iaitu 46.67 peratus dengan 66.67 peratus lulus penuh berbanding 20 peratus tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 53 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 41 sekolah pada 2015.

Menurutnya dari segi pencapaian individu, seramai 31 calon berjaya memperoleh­i Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 berbanding 12 calon pada 2015.

Maimunah berkata seramai 28 calon adalah pelajar aliran kemanusiaa­n manakala tiga lagi aliran sains.

Daripada jumlah itu jelasnya seramai 22 calon perempuan dan sembilan lagi calon lelaki.

Jurang perbezaan GPNK antara Sabah dan negara semakin mengecil iaitu sebanyak 0.13 berbanding 0.14 pada tahun sebelumnya. DATUK MAIMUNAH SUHAIBUL Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

 ??  ?? PELAJAR Sekolah Tinggi Kota Kinabalu Goh Wang Siang (tengah) menerima sijil penghargaa­n daripada Bad (dua kanan) pada majlis itu.
PELAJAR Sekolah Tinggi Kota Kinabalu Goh Wang Siang (tengah) menerima sijil penghargaa­n daripada Bad (dua kanan) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia