Utusan Borneo (Sabah)

Taman awam, tempat rekreasi bebas rokok

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pewartaan taman awam dan tempat rekreasi sebagai kawasan larangan merokok oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia( KK M) berkuatkua­sa 1 Jun 2017 mendapat reaksi positif daripada orang awam.

Jurufoto bebas Adam Rafael, 27, berkata langkah penguatkua­saan kerajaan itu amat baik kerana ia bukan sahaja dapat memastikan kawasan taman awam dan rekreasi bebas dari asap rokok malah mendorong pada amalan gaya hidup sihat.

“Saya amat bersetuju kerana ini juga akan mendidik orang ramai untuk mengurangk­an dan seterusnya berhenti merokok kerana rokok merbahaya pada kesihatan diri.

“Namun langkah penguatkua­saan dengan mendenda orang ramai yang melanggar peraturan itu perlulah dilaksanak­an dengan tegas, menyeluruh atau dengan kata lain tidak pilih orang,” katanya.

Pereka fesyen Alnidah Alkanta, 33, berkata pelaksanaa­n pewartaan itu penting bagi melindungi orang awam dari terdedah dengan bahaya merokok kerana ia boleh mengakibat­kan penyakit kronik.

“Pada masa lapang, saya akan meluangkan masa di taman awam bersama anakanak dan selalu risau tentang asap rokok jadi amat baiklah kalau penguatkua­saan ini dilaksanak­an agar perokok akan peka selepas ini,” katanya.

Semetara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu Dr Valentine @Japulee Gantul ketika dihubungi berkata sebanyak 12 taman awam dan rekreasi telah dikenalpas­ti di daerah ini dan penguatkua­saan pendidikan kepada orang ramai bagi memberi kesedaran larangan merokok akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Kesemua 12 lokasi taman awam dan tempat rekreasi telah dipasang papan tanda larangan merokok dan kakitangan jabatan dengan kerjasama penguatkua­sa kerajaan tempatan akan turun padang mengadakan penguatkua­saan pendidikan kepada orang ramai bagi memberi kesedaran.

Menurut beliau setakat ini, tahap kesedaran orang ramai tentang penguatkua­saan itu masih di peringkat yang rendah dan bersedia memperting­katkan nya 1 Jun.

Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penguatkua­saan pendidikan perlu diberi kepada orang ramai bagi memberi kesedaran mengenai larangan merokok di seluruh taman awam dan tempat rekreasi sebelum arahan itu dikuatkuas­akan pada 1 Jun ini.

Ia susulan pewartaan taman awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan Peraturan 2017.

Sehingga tarikh itu, penguatkua­saan pendidikan dijalankan melalui pengedaran risalah larangan itu dan individu yang ditahan melanggar peraturan ini sebelum tarikh berkuatkua­sa akan diberikan amaran bertulis.

Bermula 1 Jun 2017, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada manamana pihak yang didapati merokok di taman-taman awam dengan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Dianggarka­n terdapat kirakira 1,280 taman awam di seluruh negara.

 ??  ?? ADAM
ADAM
 ??  ?? ALNIDAH
ALNIDAH
 ??  ?? DR VALENTINE
DR VALENTINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia