Utusan Borneo (Sabah)

Pembunuhan Kim Jong-nam: Korea Utara hantar pegawai kanan ke KL

-

KUALA LUMPUR: Korea Utara menghantar seorang pegawai kanannya ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai perkara berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Pegawai berkenaan, bekas duta besar Korea Utara di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong Il, tiba kelmarin dan mengisytih­arkan:” Mulai hari ini, saya akan menjadi jurucakap rasmi.”

Bercakap kepada pemberita tempatan dan luar negara yang menghadiri sidang berita di perkaranga­n Kedutaan Korea Utara di sini, beliau berkata perbincang­annya akan ditumpukan kepada tiga perkara.

Katanya tiga perkara berkenaan adalah meminta mayat Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara, persoalan berhubung penahanan seorang rakyat Korea Utara oleh polis Malaysia dan ‘hubungan persahabat­an’ di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.

Tong Il juga berkata beliau berharap dapat menyelesai­kan ‘isu kemanusiaa­n’ yang timbul berikutan kematian Jong-nam, yang hidup terasing daripada Jong-un.

Tong Ilbagai manapuneng­gan memberitah­u bila pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia akan diadakan atau berapa lama beliau berada di negara ini.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada Tong Il datang bersendiri­an atau bersamasam­a satu delegasi.

Jong-namberadad­i Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Feb lepas untuk menaiki penerbanga­n ke Macau sejam kemudian apabila dua wanita tiba-tiba muncul dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandung­i apa yang kemudianny­a dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam kemudian mendapatka­n pertolonga­n di kaunter khidmat pelanggan lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Beliau ke Malaysia pada 6 Feb lepas menggunaka­n pasport tertera nama Kim Chol.

Dua wanita - seorang yang menggunaka­n pasport Indonesia dan seorang lagi menggunaka­n dokumen perjalanan Vietnam - ditangkap selepas pembunuhan itu.

Seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara, Ri Jong Chol, juga ditahan. Rakyat Malaysia itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

Kedutaan Korea Utara di sini turut menjadi tumpuan media berikutan pembunuhan itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia