Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kemas Labuan bantu golongan sasar

-

LABUAN:J abatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengendali­kan program Turun Desa (Sentuhan Kasih) di Kampung Lajau, baru-baru ini.

Program Turun Desa Sentuhan Kasih yang turut disertai pemimpin masyarakat, pegawai jabatan kerajaan dan penduduk kampung itu merupakan program khidmat sosial untuk membantu menyalurka­n bantuan kepada golongan sasar Jabatan Kemas.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli telah menziarahi dua buah keluarga warga emas, Asmah Jamudin dan keluarga uzur, Rubiah Yakob.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan turut mengunjung­i dua mantan Ketua Kampung Lajau, Baduk Taha yang terlantar uzur dan Haji Sudin Omar yang mengidap sakit jantung.

Rozman juga menyerahka­n bantuan keperluan harian termasuk peralatan kerusi roda dan mesin tekanan darah sumbangan Jabatan Kemas.

Beliau turut menghulurk­an sumbangan peribadi kepada keluarga yang diziarahi.

Rozman berkata program Turun Desa Sentuhan Kasih anjuran Jabatan Kemas yang dilaksanak­an melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri, JKKK Lajau dan MPP Sub Zon 7 bukan sahaja bertujuan membantu golongan sasar tetapi juga mencari kaedah terbaik untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Turut menyertai program itu ialah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Yunus Kurus, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Haji Alias, Pengarah Jabatan Kemas Labuan Fairuzulfi­kar Badysah Md Hussin, Pengerusi Majlis Wanita Kebangsaan Wilayah Persekutua­n Labuan Datuk Hajjah Aini Haji Safar, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 7 Sukimin Wakiman, Ketua Puteri Umno Bahagian Nur Erni Jamil dan Ketua Kampung Lajau Mohammed Jakob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia