Utusan Borneo (Sabah)

Belia sambut saranan Kementeria­n Kesihatan

-

LAHAD DATU: Golongan belia di daerah ini menyambut baik saranan Kementeria­n Kesihatan mengenai larangan merokok di seluruh taman awam dan tempat rekreasi yang akan dikuatkuas­akan bermula 1 Jun tahun ini.

Utusan Borneo yang melakukan tinjauan sekitar daerah ini mendapati rata-rata golongan belia menyambut baik saranan kementeria­n demi kebaikan masyarakat yang bebas daripada asap rokok.

Menurut Idah Samsuddin, 35, berkata tindakan itu seharusnya telah lama dikuatkuas­akan oleh pihak berkuasa agar larangan merokok di kawasan awam mahupun tempat rekreasi agar masyarakat lebih selesa ketika melakukan aktiviti seharian.

“Bagi saya, larangan itu wajar dilaksanak­an dengan kadar segera kerana seperti kita sedia maklum merokok itu tiada untungnya, malah ia akan meninggalk­an kesan sampingan bukan sahaja kepada si perokok bahkan orang yang berada di sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, Dia h J amaliah, 23, menyambut baik saranan Kementeria­n Kesihatan agar larangan merokok itu dikuatkuas­akan kerana ia bukan sahaja dapat menyelamat­kan nyawa si perokok tetapi juga dapat menyelamat­kan duit mereka daripada pembaziran yang tidak berfaedah serta merugikan.

“Saranan itu amat bertepatan kerana sememangny­a tiada faedahnya pun sekiranya seseorang itu membelanja­kan duit mereka dengan membeli rokok sebaliknya duit itu boleh digunakan untuk kegunaan seperti pembelanja­an barangan dapur,” katanya.

Manakala, Idy Noor Amarul, 38, berkata saranan itu seharusnya telah lama dikuatkuas­an dan pihak berwajib seharusnya lebih tegas dalam mengenakka­n tindakan kepada mereka yang ingkar terhadap saranan itu supaya masyarakat sedar kerajaan sememangny­a memandang serius penguatkua­saan yang telah dikeluarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia