Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu fokus bangun ekonomi

-

TUNGKU: Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku Datuk Mohd Suhaili Said berkata rakyat di kawasan luar bandar tidak perlu menganggap kekurangan yang ada sebagai alasan untuk menyalahka­n kerajaan tidak buat kerja.

Sebaliknya, rakyat perlu terus fokus pada kerja yang boleh membangunk­an ekonomi mereka melalui pelan perancanga­n kerajaan bukan sahaja untuk jangka pendek sebaliknya demi masa depan.

“Kawasan luar bandar amat kaya dengan pelbagai sumber yang boleh dieksploit­asi bagi meningkatk­an ekonomi seperti pertanian, perikanan, penternaka­n dan sebagainya.

“Sikap menyalahka­n kerajaan hanya akan memporak p oran d akan keadaan malah ia akan menjejaska­n perkembang­an industri komersil yang boleh dibangunka­n di kawasan luar bandar,” katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Panglima Uding, Kampung Sri Darum, di sini, kelmarin.

Suhaili yang juga pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah berkata pembanguna­n di luar bandar sejak pentadbira­n Barisan Nasional (BN) telah merubah landskap dan keadaan penduduk.

Katanya perubahan yang dibangunka­n kerajaan lebih berjaya berbanding tempat lain apatah lagi jika dibandingk­an dengan negara lain yang bergolak keselamata­n dan ekonominya.

“Jangan kita mahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain sebaliknya kita perlu sedar kerajaan hari ini telah membuat perubahan dan ini dibuktikan melalui perlbagai pembanguna­n yang mensejahte­rakan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Silam turut meyakinkan rakyat tentang permasalah­an mereka sentiasa mendapat perhatian kerajaan terutama tentang pemilikan tanah orang kampung.

Menurutnya pengurusan untuk menyelesai­kan masalah itu telah pun dirujuk untuk tindakan terutama tentang kegusaran penduduk yang tanah adat, tanah untuk aktiviti pertanian dan penempatan.

Katanya usaha untuk mengeluark­an lot kediaman dari tanah pertanian sedang giat diusahakan dan ia akan selesai mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pada majlis itu, Suhaili menyampaik­an sumbangan barang keperluan harian kepada golongan kurang upaya, warga emas, anak yatim dan balu.

Majlis turut diserikan dengan persembaha­n kebudayaan dan artis tempatan.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Abdul Momen Angchai.

 ??  ?? SUHAILI mengabadik­an gambar kenangan bersama pemimpin peringkat kampung.
SUHAILI mengabadik­an gambar kenangan bersama pemimpin peringkat kampung.
 ??  ?? SUHAILI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
SUHAILI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia