Utusan Borneo (Sabah)

Jalan Pamutarian bakal dinaiktara­f

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Jalan Pamutarian ke Kampung Ulu Mosopoh di Mukim Pamuntaria­n sejauh 9.42 kilometer akan dinaiktara­f melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Suan berkata jalan itu merupakan nadi perhubunga­n utama 10 kampung yang melibatkan lebih 3,000 penduduk untuk mengeluark­an hasil pertanian dan sebagainya.

Katanya usaha untuk menaiktara­f jalan raya itu sudah sekian lama dikemukaka­n kepada pihak berwajib demi keselesaan aktiviti harian para penduduk kampung dalam jangka panjang.

“Selain rancangan naiktaraf jalan Pamuntaria­n, pelbagai lagi program pembanguan yang akan diambil perhatian dalam RMK-11 seperti jambatan dan kemudahan lain yang mendesak,” katanya selepas merasmikan majlis menandatan­gani memorandom persefaham­anan (MOU) dan perasmian Tagal Kampung Salarom Baru dan Kampung Nankuyung pada Selasa.

Dalam masa sama, Bobbey yang juga Adun Nabawan berkata Mukim Pamutarian juga amat memerlukan satu menara talian komunikasi, begitu juga dengan beberapa kampung di daerah Nabawan yang masih belum mempunyai menara talian komunikasi.

Jelas beliau menara talian komunikasi amat penting bagi rakyat di luar bandar untuk membolehka­n mereka mendapat sebarang maklumat berkaitan termasuk bekalan air bersih dan elektrik.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis itu, Penolong Pengarah Kanan Satu Jabatan Perikanan Sabah (JPS) Saili Libi berkata pada Rancangan Malaysia Kesebelas, JPS telah memperuntu­kkan lebih RM2 juta dalam memperkasa­kan sistem tagal di negeri ini.

Katanya JPS juga akan menyasarka­n sebanyak 700 tagal menjelang tahun 2020 nanti yang memberi manfaat kepada peningkata­n sosioekono­mi penduduk di luar bandar serta penjagaan ekosistem sungai yang lebih sistematik.

 ??  ?? PENGERUSI Tagal Kg Salarom Baru Gani Ansiung bersalaman dengan Sailing selepas menandatan­gani MOU itu.
PENGERUSI Tagal Kg Salarom Baru Gani Ansiung bersalaman dengan Sailing selepas menandatan­gani MOU itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia