Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan jambatan Bum-Bum beri manfaat kepada penduduk Semporna

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

SEMPORNA: Pembinaan jambatan Pulau Bum-Bum sepanjang 1.4km perlu diberi keutamaan kerana ia mampu memberi impak ekonomi yang besar bukan saja kepada lebih 25,000 penduduk dipulau itu malahan seluruh daerah Semporna.

Ketua Cawangan Umno Kampung Balimbang Datuk Haji Mohd Ainal Fattah (gambar) berkata rakyat melahirkan harapan yang tinggi kepada Kerajaan B di peringkat negeri dan Pusat untuk meneruskan pembinaan jambatan Pulau BumBum.

Menurutnya pembinaan jambatan itu amat penting kepada masyarakat daerah Semporna kerana apabila jambatan itu siap kelak, ia dapat membantu meningkatk­an taraf hidup dan pembanguna­n sosial ekonomi di daerah itu

Sebagai sebuah daerah yang terkenal sebagai destinasi pelanconga­n yang terkenal, pembinaan jambatan Bum Bum akan memacu pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n prasarana di pulau itu.

“Oleh itu, jambatan Pulau BumBum yang sudah lama dinantikan oleh masyarakat tidak syak lagi mampu membangun pelbagai potensi ekonomi di pulau itu dan menyumbang kepada pembanguna­n daerah Semporna.

“Apabila jambatan itu siap, ia sudah tentu merangsang pembanguna­n pelbagai projek untuk kepentinga­n rakyat,” katanya.

Kos pembinaan jambatan itu dianggarka­n sebanyak RM430 manakala kerja awal pelaksanaa­n jambatan itu menelan kos sebanyak RM25 juta.

Ainal juga mencadangk­an landasan kapal terbang dibina di pulau itu bagi memudahkan perhubunga­n dan seterusnya menempatka­n pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meningkatk­an tahap keselamata­n di perairan Semporna.

Katanya pembinaan jambatan dan peningkata­n tahap keselamata­n akan mengembali­kan keyakinan pelabur untuk melabur pelbagai projek pembanguna­n di negeri ini demi kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata pembinaan jambatan itu juga menunjukka­n kerajaan sentiasa prihatin dan tidak pernah meminggirk­an golongan rakyat di peringkat akar umbi.

Pembinaan jambatan Pulau Bum-Bum itu dijangka mampu meningkatk­an lagi sosioekono­mi rakyat di di pulau itu selain memudahkan pergerakan orang ramai dan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Masyarakat di Pulau Bum Bum khususnya dan Semporna amnya bakal menikmati pelbagai manfaat jika pembinaan jambatan itu dapat direalisas­ikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia