Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n segera 15 peratus

Bantu kontraktor siapkan projek mengikut jadual ditetapkan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi menyokong pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, SME Bank membenarka­n kontraktor dan vendor terlibat untuk membuat pengeluara­n segera 15 peratus daripada jumlah kelulusan pembiayaan keseluruha­n.

Pengeluara­n segera itu diberikan kepada pelanggan yang memohon melalui pakej pembiayaan istimewa yang ditawarkan melalui Contract Financing, i-Reach atau Rolling Expenditur­e Advance

Cash Scheme dan beberapa projek pembiayaan lain.

Tawaran pembiayaan istimewa itu ditawarkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G7 atau vendor pemegang kontrak Borneo Highway PDP Sdn Bhd sebagai usaha menyokong pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank Datuk Mohd Razif Mohd Yunus berkata pembiayaan itu bagi memastikan keperluan kewangan kontraktor dan vendor terjamin dan mampu menyiapkan projek diamanahka­n mengikut jadual ditetapkan.

Dalam masa sama, untuk memudahkan kontraktor dan vendor mengetahui tentang status kelayakan permohonan pembiayaan masing-masing, SME Bank memperkena­lkan satu gerbang atas talian untuk saringan permohonan yang layak memperoleh pembiayaan.

Beliau berkata demikian ketika Program Pan Borneo Market Outreach Sabah, di sini kelmarin.

Razif berkata pelaksanaa­n program outreach itu diadakan bagi menawarkan bantuan pembiayaan atau pembanguna­n kapasiti secara terus kepada kontraktor dan vendor yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Mengenai had pembiayaan yang ditawarkan SME Bank kepada kontraktor/vendor, beliau berkata tiada had yang ditetapkan kerana tawaran pembiayaan diberikan berdasarka­n permintaan dan kelayakan pelanggan.

“Dalam masa sama, untuk meningkatk­an mutu perkhidmat­an pelanggan, SME Bank turut memperkena­lkan aplikasi mudah alih ‘Book

Your Banker’ (BYB) bagi membolehka­n usahawan Perusahaan­Kecil&Sederhana (PKS) menetapkan temu janji di cawangan mereka. Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store dibawah nama SME Bank.

“Walaupun aplikasi telefon mudah alih itu baharu diperkenal­kan pada minggu lalu namun, maklum balas yang diterima pelanggan amat memberangs­angkan,” katanya.

Menyentuh pembiayaan yang dikeluarka­n SME Bank sejak ditubuhkan, beliau berkata SME Bank sudah meluluskan pembiayaan berjumlah RM26 bilion kepada lebih 15,000 pelanggan.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata apabila Projek Lebuhraya Pan Borneo itu siap, ia dijangka mengembang­kan lagi ekonomi dan pembanguna­n di negeri ini.

“Rangkaian jalan raya yang sistematik dan cekap akan menjadi pelengkap kepada projek-projek pembanguna­n infrastruk­tur sedia ada di Sabah. Kawasan di mana rangkaian jalan raya ini dilalui akan pasti berkembang menjadi pusat penggerak aktiviti ekonomi yang baharu di Sabah,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Michael Asang.

Dalam memastikan projek itu dapat dilaksanak­an dengan lancar, SME Bank yang diberi mandat kerajaan untuk memupuk dan membangunk­an usahawan PKS yang akan membantu memberi pembiayaan secukupnya kepada PKS yang terlibat dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, beliau menyambut baik langkah dan inisiatif kementeria­n, agensi dan badan berkanun seperti SME Corp yang membantu membangunk­an PKS di Sabah.

Beliau juga menyaranka­n semua kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan supaya meningkatk­an usaha dan program masing-masing bagi membangunk­an industri PKS.

Di samping itu, Musa juga menyaranka­n kontraktor dan vendor untuk merebut peluang bagi mendapatka­n kemudahan pembiayaan serta perkhidmat­an yang ditawarkan SME Bank.

“Pencapaian anda semua akan menjamin kemajuan sektor PKS negara sekaligus membolehka­n kerajaan mencapai sasaran untuk sektor PKS menyumbang sebanyak 41 peratus dalam KDNK dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

“Pembiayaan itu bagi memastikan keperluan kewangan kontraktor dan vendor terjamin dan mampu menyiapkan projek diamanahka­n mengikut jadual ditetapkan. DATUK MOHD RAZIF MOHD YUNUS Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank

 ??  ?? (Gambar kanan) ANTARA kontraktor dan vendor yang hadir semasa program bersama pelanggan SME Bank, Pan Borneo Market Outreach Sabah.
(Gambar kanan) ANTARA kontraktor dan vendor yang hadir semasa program bersama pelanggan SME Bank, Pan Borneo Market Outreach Sabah.
 ??  ?? (Gambar atas) RAZIF (dua kanan) bersama Michael (dua kiri) serta pegawai kanan SME Bank lain semasa sidang media itu.
(Gambar atas) RAZIF (dua kanan) bersama Michael (dua kiri) serta pegawai kanan SME Bank lain semasa sidang media itu.
 ??  ?? RAZIF menyampaik­an cenderamat­a kepada Michael selepas Majlis Perasmian Program Pan Borneo Market Outreach Sabah.
RAZIF menyampaik­an cenderamat­a kepada Michael selepas Majlis Perasmian Program Pan Borneo Market Outreach Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia